Skip to main content

Posts

Posisi Penyusuan untuk Dapatkan Lekapan Bayi yang Baik

"PUTING SAYA PENDEK, ANAK TAK SAMPAI NAK MENYUSU." Ibu  menyusu pernah rasa macam ni tak atau mungkin pernah alami sendiri? Serius kerap sangat saya jumpa kes begini sehingga ibu yang awalnya beriya ingin menyusu, tumpas dengan idea puting pendeknya itu menjadi punca kegagalan bayinya tak boleh menyusu. Selalunya kalau kes begini bertandang di ruang konsultasi, saya akan minta ibu tunjukkan terlebih dahulu bagaimana ibu menyusu bayinya sehingga merasakan putingnya pendek. Ia berpunca dari 3 point yang ibu lihat di rajah di bawah.

Epstein Pearl dalam Mulut Bayi - Apa itu?

"Dr, saya rasa anak saya ada jangkitan kulat pada mulut dia. Saya dah cuba lap, mula-mula ingat susu, tapi tak hilang " kata Puan MA. Menyusu semakin ok, beberapa jam selepas lahir sampai hari pertama tu puting sakit juga, tapi tak luka. Bila betulkan sana sini, ok dah. "Saya pilih football hold, macam Dr suggest, mudah baby nak buka mulut besar." Sambung Puan MA lagi. Beliau kelihatan bersungguh ingin menyusui bayinya secara exclusive. Namun melihat keadaan gusi bayinya beliau kelihatan sedikit kecewa dan resah. Bayi berusia 2 hari ini baru sahaja pulang dari hospital. Terus ke bertemu saya di center kerana isu ini. Ada tak ibu yang alami perkara yang sama seperti apa yang terlihat dalam gambar di bawah?

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.

Tips Bercerai Susu (Wean Off) Tanpa Mengganggu Perasaan Si Kecil

Ada sesetengan ibu yang memulakan penyusuan bersama kami sudah ada yang mula nak bercerai susu (wean off) dengan anak. Ibu-ibu kena faham tentang satu perkara. Penyusuan susu ibu, berjaya dalam penyusuan penuh atau bercerai susu - semua ini adalah satu proses yang panjang. Bukan perkara yang boleh terus jadi atau berjaya dalam sehari dua sahaja. Maka,  saya agak kurang bersetuju dengan sesetengah tips dan pilihan untuk meletakkan bahan-bahan di puting atau payudara dengan niat agar anak menolak untuk menyusu. Penyusuan susu ibu adalah satu perjalanan yang sangat indah antara ibu dan anak. Sayang sekali sekiranya ia diakhiri dengan cara yg traumatis begitu bagi anak kecil.

Kebaikan Sentuhan Kulit ke Kulit Kepada bayi

Skin-to-skin contact (SSC) atau sentuhan kulit ke kulit merujuk kepada tindakan meletakkan bayi yang hanya mengenakan lampin ke atas dada yang tidak berpakaian (diutamakan kepada ibu bayi sekiranya ada dan mampu). Tubuh badan bayi ditutup dengan kain untuk tujuan memanaskan. SSC ini diperkenalkan kepada bayi pramatang di Colombia pada awal tahun 1980's dengan menunjukan hasil yang sangat baik untuk bayi-bayi pramatang ini. Sejak itu, SSC kerap di lakukan atau di tekankan kepada bayi pramatang. Tapi kan sebenarnya, SSC sesuai dan sangat baik di lakukan kepada semua bayi yang baru lahir. Baik pramatang mahupun kelahiran matang.

Resipi Ibu Menyusu | Cranberry Peanut Granola

Mak menyusu selalunya cepat lapar. Ada yang kata "you ni makan macam bela saka". Hahaha. Mak-mak menyusu je yang faham tahap kehausan dan kelaparan masa menyusu ni.  Setuju tak? So hari ni saya nak kongsikan Cranberry Peanut Granola. Boleh di jadikan kudapan, makan pagi dan on the go  Sebenarnya kandungan granola ni boleh disesuaikan mengikut apa yang ada di rumah. Kunci utama dalam pembuatan granola ni adalah bahan yang "mengikat" antara satu sama lain dan mengekalkan bentuk granola tersebut.

Resipi Ibu Menyusu | Non-Baked Energy and Lactation Cookies

Ada orang panggil ni non-baked lactation cookies, tapi saya panggil ia sebagai energy boost cookies. Resipi ni sudah lama saya guna sebagai kudapan. Sebab kadang-kadang on the go tak sempat makan proper food, maka kudapan ini selalu mengisi perut sementata nak habis meeting atau in between patient. Ramai yang cakap oats, kekacang dan brew yeast adalah makanan penggalak susu. Namun ia juga bersifat low glycemic index di mana ia akan slowly naikkan gula darah. So tak ada lah asyik lapar sentiasa. Orang kata mak-mak menyusu ni lapar sentiasa macam bela saka. Hahaha! 

Tips Penyusuan dan Kekal Bertenaga di Bulan Ramadan

Beberapa hari lagi, umat Islam di seluruh dunia akan bertemu bulan Ramadhan, bulan 1000 rahmat. Begitu banyak ganjaran yang di berikan di dalam bulan ini sehingga para ibu yang sedang menyusukan anaknya berasa sangat gusar menghadapinya. Mana tidaknya, berpuasa lengkap di Bulan Ramadhan mereka mahu, menyusukan anak seperti biasa juga mereka mahu dengan penghasilan susu yang tip top. Betul tak? Jom baca tips tips-tips yang boleh kita sama-sama lakukan dalam persiapan menghadapi bulan Ramadhan ini dan terus kekal aktif dan bersemangat untuk menyusukan anak.

9 Fakta Tentang Hormon Prolaktin yang Perlu Ibu Tahu

Setiap kali membicarakan tentang penyusuan susu ibu, mesti ibu biasa dengar, doktor-doktor, perunding laktasi atau kaunselor penyusuan sehingga lah ke rakan-rakan penyusuan yang lain pasti selalu menyebut prolaktin, prolaktin, prolaktin. Ibu tahu tak apa itu prolaktin? Prolaktin ni adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari ibu yang terletak di bahagian bawah otak. Prolaktin menyebabkan payudara membesar dan berkembang dan menyebabkan susu dihasilkan setelah bayi dilahirkan. Biasanya, lelaki dan wanita mempunyai sejumlah kecil prolaktin dalam darah mereka. Secara mudahnya, hormon prolaktin ini adalah hormon yang membuat susu ibu. Tahu tak betapa pentingnya hormon prolaktin ni? Jom baca tentang fakta hormon prolaktin dalam penyusuan susu ibu.

Tips Ringkas untuk Menjaga Produksi Susu Ibu

Kerisauan tentang produksi susu ibu memang ada dalam fikiran setiap ibu yang menyusukan bayi lebih-lebih lagi dalam 6 bulan pertama penyusuan susu ibu secara eksklusif. Jom baca tips ringkas untuk menjaga produksi susu ibu supaya tidak merundum turun.