Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bengkak Susu

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...

12 Tips Atasi Masalah Susu yang Sedang Merundum!

Masalah susu yang merundum memang yang paling digusari ramai ibu yang menyusu kan? Ada pelbagai sebab boleh menyebabkan susu merundum sama ada secara tiba-tiba atau secara beransur. Jom baca tips-tips yang boleh ibu lakukan untuk atasi masalah susu merundum ni. Sekiranya anda adalah ibu yg menyusu secara langsung dengan bayi ataupun direct feeding, ini adalah beberapa langkah yang boleh dilakukan.

Bengkak Susu atau Payudara Penuh?

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN PAYUDARA PENUH ( BREAST FULLNESS) DAN BENGKAK SUSU ( BREAST ENGORGEMENT )? Ada beza ke kedua2 situasi diatas? Satu daripada tanda penghasilan susu semakin banyak adalah payudara semakin penuh dan membesar. Selalunya ia mula terjadi masa hari kedua atau hari ke lima selepas bersalin. Selalunya ibu akan merasakan payudaranya menjadi lebih berat, penuh dan sedikit tak selesa. Tetapi apabila baby melekap ataulatch dengan baik dan betul, kerap dan mengeluarkan susu dengan efektif, biasanya ia tidak berpanjangan. Ibu mesti yakin bahawa lekapan yg betul dan penghisapan yang kerap perlu dilakukan utk mengelakkan payudara bengkak.

Tips Hebat Mengatasi Masalah Bengkak Susu atau Bengkak Payudara

Bengkak susu memang antara masalah yang kerap dialami oleh ibu yang menyusukan anak. Kalau tidak dibendung, masalah akan menjadi lebih teruk. Di sini saya kongsikan tentang cara-cara menangani masalah bengkak susu ni agar ibu-ibu semua boleh mencegah sebelum ia menjadi lebih teruk.