Tahukah ibu sebenarnya secara umum tubuh badan ibu menghasilkan susu kolustrum yang mencukupi untuk bayi ibu? (Macam tak percaya je kan, sebab bayi asyik nangis) Namun kerana sifat kolustrum yang likat dan pekat serta teknik perahan tangan yang kerap dilakukan dengan salah menjadikan ibu hilang keyakinan diri bahawa sebenarnya mereka menghasilkan susu awal yang cukup untuk bayi mereka..