Skip to main content

Kandungan Susu Ibu - Magisnya Titisan Emas Itu!

Bagi saya penyusuan susu ibu ni mudah sangat. Tak perlu risau kandungan air cukup atau tidak, lemak cukup atau tidak.

Semua lengkap, insya Allah.

Di saat musim panas.. foremilk lebih banyak... semasa berada di negara sejuk.. hindmilk pula yang lebih tinggi.

Tak perlu risau anak sembelit.

Masyalahhh.. mudah kan?

Tugas kita hanya menyusu di sebelah payudara sehingga bayi kenyang.. tak perlu ubah-ubah pun.


  • Pada setiap penyusuan, kandungan susu ibu berubah daripada susu awal kepada susu akhir.
  • Susu awal atau di kenali sebagai foremilk ini kelihatan lebih cair kerana kandungan lemak adalah sedikit dan berfungsi untuk mengurangkan dahaga or hausnya anak. Sebab tu pada musim panas ni, foremilk lebih banyak terhasil dari hindmilk
  • Susu akhir atau hind milk kelihatan lebih pekat kerana ia memiliki kandungan lemak yang lebih tinggi. Ia berfungsi untuk memberi kekenyangan kepada bayi.
  • Sebanyak 88.1% daripada kandungan susu ibu merupakan air.
  • Kandungam lemak,  protein dan gula mencukupi untuk bayi dan ia sangat mudah dihadam dan diserap.
  • Ibu tak perlu risau dengan keadaan susu awal yang kelihatan cair kerana kandungannya telah pun disesuaikan dengan keperluan bayi.
  • Bayi perlu mendapatkan kedua-dua susu awal dan susu akhir bg memastikan kesemua khasiat dan cecair yg diperlukan diterima oleh bayi.
  • TIDAK ADA SATU JANGKA MASA YANG TEPAT UTK MENGETAHUI WAKTU PERTUKARAN SUSU AWAL KEPADA SUSU AKHIR (FOREMILK KE HINDMILK).  
  • Jadi, ibu perlu biarkan bayi lepaskan sendiri payudara sebelum mengalihkan penyusuan kepada payudara yg sebelah lagi bagi memastikan  bayi telah mendapatkan susu awal dan susu akhir pada setiap penyusuan.
  • Kandungan air dalam susu ibu, mencukupi utk memenuhi keperluan air bagi bayi WALAUPUN PADA MUSIM PANAS!



Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...