Skip to main content

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post "Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa?",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting.

Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.




  • Jangan sesekali membiarkan bayi terlalu lapar untuk dia menerima payudara. Percayalah ia tidak akan berjaya. Sekiranya perlu berikan sedikit (contohnya 0.5oz) susu perahan ibu melalui cawan atau botol sebelum cuba menyusukan bayi. Ingat ya, bayi yang tenang lebih mudah menerima payudara ibu.
  • Lakukan di tempat selesa dan tidak banyak gangguan atau menarik perhatian bayi. Sekiranya bayi sering terganggu dengan bunyi bising ataupun lampu, lakukan di dalam bilik dan malapkan lampu. Pasangkan muzik latar atau alunan zikir dan cuba cipta suasana yang tenang.
  • BANYAKKAN SENTUHAN KULIT KE KULIT antara ibu dan anak. Walaupun bayi enggan menyusu, biarkan bayi rasa selesa dengan bau ibu. Biarkan sahaja anak tertidur di atas dada ibu. Nikmatnya luar biasa. Dengan cara skin to skin ini juga, ibu dapat mengenali feeding cue anak dan dapat memulakan pemberian susu ibu lebih awal dan tidak menunggu bayi terlalu lapar. Pendek kata jangan berpisah daripada bayi dan jadikanlah dada ibu sebagai tilam untuknya.
  • Tawarkan payudara ibu sekerap mungkin dalam apa jua keadaan, tak kira samada anak sedang tenang bermain atau telah memberi feeding cue utk menyusu, baru bangun tidur atau mengantuk, bila-bila masa sahaja. Saya selalu umpamakan memperkenalkan payudara ibu itu adalah satu permainan di antara ibu dan anak. Ibu boleh mencari cara yg sesuai untuk menyusu - sambil duduk, baring, berjalan - mana2-mana posisi yg ibu selesa. Saya yakin ibu pasti dapat mencari cara kreatif bagi memujuk bayi untuk menyukai payudara kembali!
  • Ibu boleh perah dulu sedikit suus. Mekanisma menyusu botol berbanding payudara adalah sedikit berbeza. Cuba perah sedikit agar "let down refleks" sudah tercapai dan aliran susu berjalan lancar. Percayalah ia dapat merangsang dan memudahkan bayi menghisap payudara ibu kerana mengetahui ada makanan disitu.
  • Pujuk bayi dengan suara yang lembut dan mesra. Sekiranya bayi tidak menerima payudara, jangan tunjuk rasa kecewa kepada mereka. Teruskan memujuk. Sekiranya selepas 10 minit ibu mencuba dan bayi masih tidak mahu melekap, berhenti dahulu dan jangan dipaksa lagi. Berikan masa berehat kepada bayi. Cuba lagi tidak lama selepas itu tapi dalam jangka masa yang lebih pendek. Sekiranya bayi masih tak mahu lagi, tangguhkan sesi itu dan cuba sekali lagi pada masa yang lain.
  • Sekiranya bayi menunjukkan tanda marah dan lapar tapi masih tidak mahu melekap di payudara, hentikan cubaan dan berikan sesikit susu perahan sebelum mencuba lagi sekiranya perlu. Gunakan cawan atau picagari, selepas itu cuba tawarkan lagi. Sekiranya masih tidak mahu juga lagi, cuba habiskan susu perahan itu atau tambahan dengan kaedah yang biasa ibu gunakan.
  • Ibu yang hendak cuba mengamalkan skin to skin dengan cara yang lebih selesa boleh cuba menggunakan alat gendongan bayi yang selamat seperti ring sling, wrap atau soft-structured carrier (ssc). Lebih rapat dan lama umpama ibu dan anak, lebih cepat dan mudah bayi menerima payudara ibunya kembali. 
  • Apa bila bayi sudah mula menerima payudara, mereka tidak akan terus menghisap dengan lama. Selalunya mereka hanya menjilat dulu, lalu mengemam atau menghisap kosong (sila baca post tentang jenis hisapan bayi). Itu adalah permulaan yang baik walaupun hisapan itu hanya untuk keselesaan atau comfort suckle dan bukan utk menghisap susu SEKURANG2NYA BAYI SUDAH MULA MENERIMA PUTING!
  • Sekiranya bayi sudah mula melekap dan menghisap payudara dengan betul, aliran susu yang lebih laju akan membantu bayi dalam menghisap. Ibu boleh lakukan breast commpression atau mampatan payudara bagi membantu meningkatlan aliran susu. Bayi biasanya menggemari aliran yg laju! 
  • Sekiranya ibu dlm proses relaktasi dan meningkatkan susu, ibu boleh consider untuk menggunakan "supplementary-nursing-system" atau alat tambahan membantu menyusu menggunakan tiub.
  • Jika ibu mahu menggunakan nipple shield pun boleh untuk kes-kes tertentu. Sebaiknya dapatkan nasihat dari pakar laktasi atau kaunselor laktasi sebelum menggunakannya. Untuk bayi dibawah 1 minggu, elakkan penggunaan nipple shield kerana ia akan menganggu milk transfer dari payudara ke bayi dan menganggu produksi susu.

TIPS!

Jadikan sesi pengenalan payudara kepada bayi adalah proses yg menyeronokkan  dan menggembirakan dan jangan berikan tekanan kepada ibu dan bayi. Saya yakin dengan kesabaran dan kecekalan ibu, bayi pasti melekap dan menghisap payudara ibu walaupun ia mengambil masa yang panjang!.

Ibu yang boleh mandi bersama bayi, kalau ada bathtub ke, berendam dalam air suam di atas dada juga akan memberi kenangan dan memori seolah-olah mereka berada di dalam rahim. Urutan bayi juga dapat membantu mengeratkan hubungam antara ibu dan bayi sehingga ia menjadi lebih mudah dalam menerima payudara ibu.

Dan akhir sekali...

Lihatlah usaha seorg anak kecil yang cuba untuk berjalan. Tidak ada kata putus asa untuk mereka. Mereka jatuh dan bangun lagi, meniti lagi dan mungkin setelah sebulan mereka berjaya berjalan. Mereka tidak mengenal erti putus asa, kenapa kita sebagai ibu ingin mengalah dan berputus asa ke atas anak kita yg sentiasa menerima kita seadanya?

Comments

Popular posts from this blog

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.