Skip to main content

Jenis-jenis hisapan bayi semasa menyusu badan

Seorang ibu bertanya, "Bila nak letak bayi selepas menyusu? Rasa macam lama je anak menyusu."
Jom kita kenali jenis hisapan bayi ketika penyusuan.


Ish baby ni sekejap hisap sekejap tarik, sekejap menyusu gairah lepas tu nampak macam mengempeng sahaja.

Biasakan kita dengar ayat-ayat di atas. Sebenarnya semua itu adalah peringkat hisapan bayi.





Hisapan bayi ada 3 jenis iaitu:

1. STIMULATION SUCKLING
2. NUTRITIVE SUCKLING
3. NON-NURATIVE SUCKLING


STIMULATION SUCKLING

1. Ini adalah hisapan stimulasi yang berlaku pada awal fasa menyusu. Tujuannya asalah untuk merangsang mengeluaran oksitoxin yang tinggi dalam membantu pengeluaran susu.

2. Hisapan bayi bersifat pendek & cepat. Rangsangan oksitoxin berlaku pada ketika ini sekiranya menggunakan breastpump.

Ibu yang EP MOM, akan merasakan ia pada stimulation mode disaat memerah menggunakan breaastpump. Pendek-pendek dan laju suction breastpump itu.

3. Selalunya di fasa ini ibu akan merasakan LET DOWN REFLEKS seperti ada elektrik lalu secara tiba-tiba dan susu mencurah-curah. Kadang-kadang si kecil akan tersedak seketika atau menarik mulutnya/lepaskan payudara ibu. Ini bukan kerana dia tak mahu menyusu tetapi sebenarnya terkejut tiba-tiba susu laju. (bayangkan anda buka paip air yang laju di dalam mulut secara tiba-tiba, kita secara automatik akan tarik kepala kebelakang atau lepaskan paip air tu atau tersedak)

4. Sebenarnya breastpump sudah direka mengikut sehampir mungkin bagaimana bayi menghisap susu dari payudara ibunya. Ya, si pereka breastpump study bagaimana nak tiru hisapan bayi. Namun meniru dengan yang original pemberian Allah tak sama daya hisapannya.

Maka di awal-awal fasa kelahiran, tak perlulah mengepam dulu. Establishkan penyusuan susu ibu terlebih dahulu. Susu yang "bocor" di payudara sebelah lagi, tadahlah guna milk collector.


NUTRITIVE SUCKLING

1. Ini adalah hisapan bertujuan mendapatkan nutrisi iaitu susu ibu.

2. Apabila "let down refleks" sudah berlaku, bayi akan berhenti sekejap dan memulakan hisapan nutritive ni. Mereka akan slow down sedikit hisapannya tetapi panjang panjang serta menelan susu selepas satu atau dua hisapan.

3. Pada fasa ini, ibu boleh dengar bunyi bayi menelan susu dengan baik tanpa kluarkan bunyi cap-cap atau klikling. Bunnyi glup glup glup. Bunyi nikmat kata ibu-ibu.

4. Bayi yang sedang menyusu akan berhenti seketika untuk bernafas dan kemudian sambung balik..

Mereka bukan main-main, hisap dan berhenti. menghisap susu perlu satu ritma menghisap, menelan dan tarik nafas lalu berehat seketika. Umpama kita minum air di gelas menggunakan straw pun berhenti seketika amik nafas. Betul?

5.selalunya kitaran ni berlaku selama 10 ke 20 minit untuk setiap sesi penyusuan. Namun ia hanya anggaran ok! Ada bayi fast drinker, selesai lebih cepat. Ada yang slow drinker, selesai lebih lama. So watch your baby not your clock!

6. Di akhir sesi penyusuan fasa ini, proses menelan susu oleh bayi akan berkurangan, makin perlahan dan lemah.


NON NUTRITIVE SUCKLING

1. Hisapan ini berlaku hanya untuk keselesaan bukan kerana lapar atau perlukan nutrisi /susu

2. Ia dapat di lihat apabila bayi menghisap payudara ibu tapi sangat lemah dan tiada pun tanda- tanda dia menelan susu.

3. Di kalangan ibu menyusu, ia kerap dipanggil sebagai "mengempeng". Ada juga kata bayinya malas dan nak main-main.

Sebenarnya bayi bukan nak main-main, bayi sedang membuat comfort latch untuk tidur atau rasa tenang.

Mereka sudah pun menghisap jari di dalam rahim seawal trimester ke 3. Cuma ibu sahaja yang tidak melihatnya. Jadi setelah lahir, mereka tak lagi menghisap jari untuk mendapat ketenangan. Mereka lanjutkan dengan hisapan di payudara ibu.

Sebenarnya pada fasa ini ibu sudah boleh mula tidurkan bayi di bawah( tempat tidur mereka) tetapi perlu teknik yang betul. Kalau tidak, mesti ayat yang sama akan keluar lagi, " bayi saya ni bila letak je bangun balik" hohoho

Dah paham kan jenis hisapan bayi. Kalau tak perasan, lepas ni ketika menyusu langsung / direct feeding tengok baby comel kita tu, letak handphone di tepi sekejap.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.