Skip to main content

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka.

Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik. 

Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.


Rajah ini menggambarkan posisi yang paling kerap ibu gunakan ketika menyusu. Salah ke? Tak salah cuma sukar untuk mendapatkan lekapan yang baik pada awal-awal kelahiran.

Posisi ini dikenali sebagai "craddle hold" atau pegangan buaian.

Namun kelemahan pegangan ini untuk memulakan penyusuan khususnya yang baru lahir sehingga usia bayi kira-kira dua bulan adalah posisi kepala bayi terletak di pelipat siku ibu.

Ini adalah masalah besar yang menjadi punca bayi tak dapat membuka mulut besar.

Masalah kedua adalah ibu tak punya kontrol terhadap kepala bayi. Maka apabila bayi menghisap, mulat sudah ternganga luas, namun apabila ibu menunggu bayi sampai ke puting, mulutnya menguncup kembali.

Cuba perhatikan rajah ini bayi yang dipegang secara craddle hold ini dan bandingkan dengan rajah saya yang sedang minum air menggunakan gelas.

Atau ibu sahaja yang mencuba sendiri. Ambil gelas dan cuba minum air dengan keadaan menunduk ke bawah. Dapat tak ibu membuka mulut luas untuk minum air?

Sukar betul?

Itulah yang terjadi ketika ibu memegang bayi yang baru lahir secara pegangan buaian di mana kepala bayi terletak di pelipat siku ibu.
.
Hasilnya bayi tidak menghadap payudara ibu dengan baik. Sebaliknya kepala bayi lebih menyerong dan menyebabkan posisi kepalanya yang menunduk.

(Bagi bayi 2 bulan dan keatas selalunya otot leher mereka lebih kuat dan mereka sudah semakin bihak mengatur lekapan yang baik). Tak disangkal juga ada bayi usia begini masih memerlukan bantuan.

Jadi bagaimana nak kita atasi masalah ini?

Jom kita lihat rajah seterusnya.



Rajah ini memaparkan posisi kepala bayi yang sedikit mendongak.

Apabila bayi mendongak secara automatik bayi tadi akan memulakan lekapan dengan :

  1. Dagu yang rapat pada payudara kerana dagunya terlebih dahulu yang akan menyentuh payudara ibu.
  2. Halakan puting ibu pada hidung bayi atau bibir atasnya untuk merangsang bukaan mulut yang luas.
  3. Mulut sudah menganga luas, maka lekapan jadi baik, bibir atas dan bawah menjuih keluar.
  4. Hidung bebas tidak tertutup dengan payudara.
  5. Pipi menjadi cembung ketika menyusui.

Untuk mendapatkan lekapan ini, saya sarankan ibu memulakan penyusuan dengan posisi "cross craddle" terlebih dahulu.

Cross craddle atau football hold adalah pegangan bayi yang sangat-sangat disarankan untuk memulakan menyusuan. Setelah lekapan di mulakan, ibu boleh mengubah posisi kepada craddle hold kembali.

Cuba lihat rajah saya minum air menggunakan cawan. Kita yang dewasa pun apabila minum air menggunakan cawan alan mendongak.

Selain dari memudahkan proses menelan dan saluran makan(esophagus), kita juga akan lebih mudah untuk membuka mulut apabila "melekap" di cawan.

Kenapa cross craddle atau food ball hold adalah pegangan yang di sarakan untuk memulakan penyusuan?

✅ Ibu memiliki kontrol sepenuhnya untuk mendorong kepala bayi ke payudara ibu apabila bayi menganga luas.

✅ Bayi lebih mudah diposisikan berhadapan dengan payudara ibu dengan baik.

✅ Tangan ibu satu lagi boleh memegang payudara untuk memudahkan menghala puting kepada hidung bayi.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.