Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Overproduction

Bayi keliru puting dan tidak mahu menyusu badan - kenapa?

"KENAPA BAYI TIDAK MAHU MENYUSU DI PAYUDARA NI?" Kenapa? "Saya dah cuba nak menyusu di payudara, doktor. Tapi bila dekatkan je dia mengamuk dan melentik-lentik badannya, bagai dibuat orang. Kadang kala menangis sampai tak ada suara..." Selalunya saya akan bertanya, " Masa awalnya-awal puan menyusu macam mana, anak tak tolak ke?" Antara jawapan yang selalu saya terima: "Saya baru bawa balik bayi ni, Dr. Sebab anak ada kuning jadi admit di hospital untuk phototherapy jadi dia minum susu perahan saya menggunakan botol, ni baru saya nak bagi ke payudara saya." "Oh saya perah dan bagi susu ibu ikut botol, Dr. Mula-mula hari pertama kedua ketiga semua okay, jadi saya nak mengurut sebab bidan datang, nanti kacau la saya nak mengurut. Jadi saya bagi botol untuk 7 hari. Saya mengurut pagi petang."

Perlukah memerah (pump) susu ibu semasa awal berpantang?

REALITI : Kena perah susu seawal mungkin, kalau boleh dari masa dalam pantang sebab nak kumpul stok untuk mula kerja nanti. Nanti tak sempat buat stok kalau mula lambat. FAKTA : Sekiranya perahan susu di mulakan seawal di dalam tempoh cuti berpantang, ibu lebih berisiko tinggi untuk hadapi beberapa masalah, antaranya seperti : Overproduction  Nipple confuse / Keliru puting Breast engorgement / Bengkak susu Block duct / Ketulan pada tisu payudara