SOLAT TARAWIH BERSAMA ANAK KECIL
Ramai ibu yang menyuarakan kesedihan kerana tidak dapat ke masjid atau surau untuk menunaikan solat tarawih berjemaah.
Namun, antara nikmat bertemu Ramadan Kareem yang tidak boleh disangkal adalah Solat Tarawih adalah solat sunat yang hanya di laksanakan ketika bulan Ramadan sahaja.
Walaupun tidak berjemaah di masjid atau surau, mungkin ibu boleh melakukan Solat Tarawih sendirian di rumah, atau berjemaah dengan anak perempuan yang sudah besar sedikit.
Sedikit perkongsian solat tarawih bersendirian bersama anak kecil:
1) Maksud solat tarawih itu sendiri "rehat" jadi tak perlu pulun nak selesai semua lepas tu lipat telekung dan tidur. Dulu saya begini sebab tidak paham. Anak sorang baru tapi nak solat terawih punya la susah. Apabila sudah faham dan berguru dengan ahli, Alhamdulilah tahun lepas saya mengaplikasikan teknik ini dan dapat beribadah dengan sangat tenang di bulan Ramahan. Tiada perasaan marah,sedih atau tidak puas hati.
2) SUSUKAN SI KECIL TANPA PERLU MENUNGGU WAKTU LAPAR
Apabila selesai solat maghrib, saya berdoa la apa yang patut. Selalunya saya susu kan anak kecil masa ni di antara Maghrib dan Isya. Nanti bila anak dah tenang, dia akan bermain sendiri.
.
3) SEDIAKAN MAINAN UNTUK ANAK
Di samping mereka melihat saya solat. Double A akan main dengan mainan mereka. kalau Ammar suka main kereta, Amirul pula suka susun blok. So saya keluarkan 4 biji kereta untuk ammar supaya nanti dia tak cepat bosan dan tukar dengan mainan yang lain, bila dia dah nampak bosan dengan mainan yang sama. Tapi most of the time mereka bergabung main dan pasti akan ada moment bergaduh.
Bila bergaduh, mesti masuk dalam telekung atau tarik-tarik. Menggerutu je rasa hati ini.
Saya akan solat isyak kemudian NIAT SOLAT TARAWIH dan lanjutkan dengan terawih set pertama maksudnya 2 rakaat pertama.
4) BERSANTAI
Sekiranya mereka masih ok, saya lanjutkan dengan set ke 2 tetapi selalunya tak. So saya dah siapkan kudapan seperti chicken cheese pie atau waffle atau buah buahan dan cookies.
Dan 2 ke 3 jam selalunya dah lapar, botol air mereka pun dah siap siap jadi saya akan break sekejap dan penuhi keperluan mereka dulu. Lagi pun solat tarawih tu kan maksudnya rehat rehat so saya pun tidak gopoh gapah dalam menyelesaikannya.
Kadang-kadang memang saya berhenti dan read aloud dengan anak-anak. Kemudian lanjut solat lagi.
Begitulah yang saya amalkan. Saya tak suka solat dalam keadaan stress dan terburu-buru nak habiskan terawih hanya kerana nak puaskan hati "ok malam ni dak settle tarawih" tapi tiada kualiti.
5) 10.30 malam
Selalunya saya selesai semua dalam 10.30 ke 11.00 malam, bergantung toleransi anak-anak.
Apa-apapun saya pegang konsep bersantai-santai. Saya berasa sangat tenang melalui Ramadan walaupun anak semakin bertambah dengan konsep dan cara makan dan minum yang baik serta solat terawih bersantai ini membuatkan kualiti saya "berkomunikasi" denganNya lebih baik.
KENAPA TAK TUNGGU ANAK TIDUR?
Sebab, saya ada rutin baca buku dengan mereka sebelum tidur mereka takkan tidur kalau mummynya tak baca bedtime story. Saya tidak mahu mengubah rutin mereka yang masih kecil jadi bila mereka tidur saya pun akan tidur bersama. Lagi pun mereka sudah tidur di kamar sendiri. Jadi moment bersama itu tak mahu saya lepaskan.
Inilah yang saya lakukan apabila hanya saya dan anak anak dirumah. Ramadan yang datang tidak akan menunggu, hanya saya yang harus mengejarnya, saya harap perkongsian ini dapat membantu ibu yang mengalami situasi yang sama seperti suami bekerja shif, PJJ dan lain lain. Maybe ibu selesa tunggu anak tidur dulu, apa-apa pun sesuaikan dengan situasi ibu ya.
Di saat solat, saya selang selikan dengan keperluan anak, mereka tenang, kepala saya pun tak serabut. Saya juga manusia biasa yang memerlukan rehat dan tidur, saya harus menjaga kondisi diri kerana saya sering bersendiri bersama anak anak. Sekiranya saya jatuh sakit diatas kelalaian tidak menjaga kesihatan diri.
.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
.
.
Dr Nurhaya Yacob
Selamat beribadah 😘
Comments
Post a Comment