Skip to main content

Tentang Prexious Lactation Center

Prexious Lactation Center mula ditubuhkan sebagai Dr Nurhaya Lactation Center pada 12 Februari 2016 di bawah syarikat Dr Nurhaya Lactation Center Sdn. Bhd.

Pada 3 Mei 2021, Dr Nurhaya Lactation Center telah melakukan penjenamaan semula dan diberi nama baru, Prexious Lactation Center.

Misi utama penubuhan Prexious Lactation Center ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan ibu-ibu tentang penyusuan susu ibu secara ekslusif selama minimum 6 bulan dan berlangsung selama 2 tahun.
 
Selain dari itu, kami juga bertujuan untuk menggalakkan ibu-ibu yang bekerja menyusu secara berterusan tanpa rasa tekanan dan menjadikan proses penyusuan mereka kepada si manja sebagai satu proses yang menggembirakan dengan menggunakan teknik dan informasi yang betul.

Prexious Lactation Center adalah 'one stop center' untuk para ibu dan calon ibu mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan peralatan penyusuan bayi.

Perkhidmatan yang disediakan di Prexious Lactation Center :

Kursus/ Klinik/ Kaunseling
  • Klinik laktasi secara personal
  • Kursus Asas Penyusuan Ibu
  • Penyusuan bagi ibu bekerjaya
  • Kursus Cabaran dalam Penyusuan Ibu
  • Kursus Cara-cara penggunaan dan pemilihan pam susu dengan betul
  • Kursus Susu merudum, bagaimana cara mengatasinya
  • Corporate training
Penjualan
  • Menjual pam susu (breast pump) dari jenama-jenama yang dipercayai seperti autumnz, Spectra, Tiny Touch, Malish, Medela dan lain-lain berserta dengan 'sparepart'
  • Barang- barang keperluan penyusuan seperti breastmilk storage bag (Gabag, Autumnz, dan Vkool) dan storage bottle, nursing cover, handfree bra, nursing bra (Shapee, Autumz) dan lain-lain
  • Menjual beg termal dr beberapa jenama terpilih.
  • Menjual baju-baju nursing friendly dari beberapa jenama pilihan.
Peminjaman Pam Susu
  • Kami juga menyediakan perkhidmatan peminjaman pam susu bergantung kepada terma dan syarat.

Sila datang ke pusat laktasi kami untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.