Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct.
Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui.
Bengkak susu = breast engorgement.
Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug.
Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak.
Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa.
Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil perahannya tak banyak. Maka perlu difahami juga bahawa rasa penuh itu bukan sahaja dari susu, tapi dari aliran darah dan cecair limfa yang meningkat.
Sebab itu juga kerap kali saya ulang, "JANGAN PAM, BIKIN STRESS SAHAJA".
Sekiranya penyusuan yang kerap berlangsung dengan baik, dan lekapan sempurna, fasa ini akan berlangsung dengan baik tanpa sebarang masalah. Namun tidak disangkal juga kadang-kadang produksi susu ibu hampir lebih dari kemampuan payudara mampu menampung.
Fasa inilah yang akan kerap terjadi dan di panggil breast engorgement atau bengkak susu. Sekiranya tidak diuruskan dengan baik ia akan membuatkan ibu tak selesa dan berubah menjadi "batu keras".
Mula lah adegan mengepam dan syooooook sangat katanya sebab susu banyak. Hohoho. Jangan ibu jangan. Jangan terjerumus tau.
Selain dari di awal-awal kelahiran, fasa ibu cerai susu yang mendadak, bayi tidur lebih lama dari biasa, bayi yang sudah mulai makanan pelengkap atau bayi yang sakit dan tiba-tiba tidak kerap penyusu juga boleh terkena bengkak susu atau breast engorgement ini.
Breast engorgement atau keadaan dimana payudara ibu pada awalnya akan berasa payudara berat dan membesar secara menyeluruh.
Namun apabila payudara penuh ini tidak ditangani dengan baik, lalu ditambah pula dengan ukuran coli yang tidak betul contohnya, terjadilah sumbatan pada saluran susu di dalam payudara atau blocked duct/ clogged duct / milk plugged akibat dari tekanan dari coli yang ketat atau besi di bawah coli dan sebagainya.
Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.
Duduk dengan tenang dan selesa. Posisi duduk yang tak selesa akan menyebabkan proses perahan menjadi terganggu.
Sediakan peralatan yang di perlukan, seperti tuala kecil, tempat tadahan susu, air minum dan sebagainya.
Cuci tangan menggunakan sabun sebelum memulakan sentuhan pada payudara.
Tuan panas payudara yang sedang mengalami bengkak susu tersebut. Tuam panas adalah untuk membantu pengaliran susu ketika memerah nanti.
Lakukan urutan payudara di seluruh bahagian payudara, dengan menggunakan circular motion. Ini bertujuan untuk memberikan rangsangan skin-to-skin (oxytoxin respond) dan melancarkan pengeluaran susu.
Lakukan perahan tangan dengan baik dan betul. Lenguh? Ya itu normal. Berhenti dan sambung lagi. Sangat penting untuk ibu duduk dalam posisi yang baik dan selesa. Cuba mendengar alunan muzik atau zikir kesukaan juga mungkin akan membantu.
Pada payudara satu lagi, boleh menggunakan milk collector pada saat melakukan perahan untuk menadah susu yang keluar bersama.
Lakukan dengan kerap. Bukan sekali sahaja. Berkali-kali dan mungkin perlu beberapa hari juga untuk betul-betul selesai dan selesa.
Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut. Bukan sekadar mengambil /memberi antibiotik semata-mata.
Sekarang dah faham perbezaan kedua-dua keadaan ini?
Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment