Skip to main content

Kepentingan "rooming in" bersama bayi di hospital selepas melahirkan

Istilah ini mula digunakan di hospital-hospital swasta khasnya kebelakangan ini di mana ibu boleh meminta utk rooming-in atau bersama dengan bayi sepenuh masa dan bayi tidak ditempatkan di nursery.


Sekiranya kita melahirkan di hospital rakan bayi, selalunya bayi memang akan berada bersama dgn ibu. Bayi yang tidak menghadapi masalah kesihatan tidak perlu dimasukkan ke wad khas bayi selepas kelahiran.

Jadi ibu boleh la bersama dengan bayi sesegera mungkin untuk menyusu mereka on demand...best kan...9 bulan menanti utk berkenalan ini la masanya...nak ulik telinga..nak sentuh hidung.. nikmat sgt!





Kenapa penting untuk ibu rooming in dengan bayi di hospital selepas dilahirkan?

1. Ibu dan bayi perlu berada bersama semasa di wad dan juga di rumah.

2. Bagi bayi yg dimasukkan ke wad atas sebab sebab kesihatan, penyusuan susu ibu masih boleh diteruskan jika tiada kontraindikasi. Ibu boleh memerah suau ataupun pergi menyusu bayi di wad. perkataan rooming juga digunakan utk ibu yang telah discharge dari hospital dan room in/lodging di bilik hospital kerana bayi masih belum boleh discharge kerana satu dan lain-lain sebab.

3. Kebaikkan rooming in ni banyak..apabila ibu bersama bayi setiap masa:
  • Bayi dapat mengenali ibunya.
  • Bayi akan tidur dgn lebih nyenyak dan kurang menangis.
  • Membantu membentuk ritma jaga dan tidur bayi
  • Ibu dapatbelajar tanda-tanda bayi ingin menyusu dan penyusuan boleh dilakukan mengikut kehendak bayi.
  • Ibu dapat memberikan penyusuan awal dan penyusuan akan menjadi lebih berjaya.
  • Membantu mengeratkan kasih sayang antara ibu dgn bayi.
  • Memudahkan penghasilan dan pengeluaran susu.
  • Mengurangkan jangkitan penyakit pada bayi.

Sekiranya anda melahirkan melalui pembedahan, rooming in masih dapat diteruskan tetapi sekiranya ibu tidak mampu, boleh la menggunakan bell untuk meminta pertolongan.

Pastikan bahawa ibu dah betul-betul boleh berjalan dulu dan tidak pening.

Kalau kita dah amalkan rooming in di hospital, bila dah balik rumah nanti, sangat memudahkan kerana kita sudah paham ritma si comel... insya Allah.

Semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...