Skip to main content

Cara mengatasi masalah 'milk blister' atau 'blocked nipple'

Milk blister/ bleb / nipple blister, block nipple pore atau sumbatan pada "mata susu" adalah antara nama yang kerap terjadi dikalangan ibu menyusu.


Ia sebenarnya terjadi akibat dari sedikit dari kulit disekitar puting menutupi "mata susu" tersebut.

Ibu kerap mengeluh kesakitan yang amat sangat ketika menyusu. Kesakitan itu lebih tertumpu kepada sumbatan tersebut bukan perlekapan bayi.

Sekiranya ibu membuat "breast compression", dapat di lihat bahawa milk blister ini akan menonjol besar kearah depan akibat dari tekanan yang dihasilkan untuk susu ibu keluar dari "mata susu" tersebut.


Akibat dari "mata susu" yang terhalang tersebut membuatkan ibu berasa sakit ketika penyusuan.


Milk blister ini berlaku untuk masa yang lama atau sembuh sendiri apabila kulit yang menutupi "mata susu" tersebut pecah dan menggelupas sendiri.

Hmmm but that is not the usual case. Kan?

Oh ia berbeza dengan nipple blister yang diakibatkan oleh salah saiz corong, penggunaan mesin perahan yang salah, perlekapan yang tidak betul. Milk blister ibu akan melihatan kandungan di dalamnya berwarna putih iaitu susu yang terhambat tadi.

Tapi nipple blister yang di akibatkan oleh salah saiz corong, salah penggunaan pam atau lekapan ini selalunya berwarna merah iaitu darah daripada lupa, kuning, putih jernih atau kecoklatan.

Milk blister ini boleh terjadi kepada ibu yang oversupply, kerap terjadi clogged duct dan mastitis atau dari masalah perlekapan itu sendiri. 

Jangkitan kulat juga kerap membuat ibu terkena milk blister. Ibu yang terkena jangkitan kulat selalunya ada beberap milk blister di putingnya. Jangkitan kulit ni selalunya ibu akan rasa "sharp burning pain" yang lebih jelas dirasai ketika menyusu atau selepas menyusu/mengepam.

Yang membezakan sakit akibat dari jangkitan kulat dengan sakit akibat dari milk blister adalah kesakitan akibat dari jangkitan kulat lebih jelas terasa selepas menyusu namun milk blister akan berasa kurang sakit setelah payudara telah dikosongkan. Ibu akan berasa lebih lega dan selesa.

Apa yang ibu boleh lakukan untuk atasi masalah milk blister ini?



1. Cuci tangan dengan bersih


2. Lakukan tuaman panas pada puting yang terkena milk blister. Ingat ya, tuaman itu adalah untuk blister tersebut. Tuaman akan membantu kulit menjadi lembut dan menipis.

Lakukan untuk 10 ke 30 saat.



3. Menyusu bayi sejurus melakukan tuaman panas tadi. Untuk EP mom, pam sejurus selepas melakukan tuaman panas.

4. Lakukan breast compression untuk membantu meningkatkan tekanan aliran susu dari dalam payudara. Hisapan dari bayi/pam dan tekanan dari breast compression itu diharapkan dapat membuka laluan "mata susu" yang terkena mlik blister.

Ibu mungkin perlu melakukannya berkali-kali. Tak cukup sekali sahaja selalunya.



5. Sekiranya ibu sudah tak kunjung tahan atau sabar kerana terlalu lama menanggung kesakitan, memecahkan milk blister menggunakan jarum steril. 

Untuk melakukan ini, saya menyarankan ibu untuk mendapatkan bantuan dari petugas perkhidmatan. Jarum perlu betul-betul steril. Sekiranya tidak, ibu akan terdedah kepada jangkitan kuman yang boleh berakhir dengan mastitis.

Selepas pecah milk blister tersebut, sebaiknya ibu menggunakan oitment antibiotik untuk tujuan penyembuhan. 

6. Cari punca kenapa ia berlaku atau kerap berlaku.


Semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...