Skip to main content

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini?


Antara sebab terjadinya blocked duct adalah:
1. Ukuran coli kurang tepat.
2. Trauma atau tertekan ketika tidur
3. Anak terpukul payudara 
4. Dan lain-lain

Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu!

Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini. 
Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain. 



Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.


1. Cari lokasi block duct tersebut seperti sedang membuat "self breast examination".

2. Apabila sudah dapat mencari lokasi saluran susu yang mana yang alami sumbatan, lakukan tuam panas pada lokasi yang terlibat. Sekiranya terlalu sakit boleh makan Paracetamol terlebih dahalu atau tuam dingin di ikuti oleh tuan panas. Lakukan tuan panas selama 10-30 saat di ikuti langkah berikutnya.


3. Setelah selesai melakukan tuam panas tadi, lakukan urutan "circular motion" dan tolak ke arah puting. Tuan panas dilakukan agar dapat memudah pengeluran sumbatan tadi. Urutan yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mendorong keluar sumbatan tersebut.


4. Lakukan juga tuaman hangat dan urutan ini ketika memerah susu di tempat kerja dan ketika menyusui bayi. Hisapan dari mesin perahan dan bayi dapat membantu melancarkan sumbatan yang terjadi. Ini sangat membantu dan mempercepatkan proses.



5. Ada ibu perlu melakukannya lebih kerap dan ada yang cukup dengan mengulangi 3 hingga 4 kali sahaja. Kerap melakukan pemeriksaan di bahagian yang terlibat dan ulangi langkah-langkah di atas sehingga sumbatan hilang.

6. Apabila ibu sudah berasa lebih selesa dengan payudara yan terkena clogged duct itu, ibu perlu mencari punca kenapa ia berlaku. Ini akan membantu untuk mengurangkan resiko terkena clogged duct yang berulang.


Penyusuan secara langsung adalah perkara yang wajar dan sebaik-baiknya dalam mengurangkan atau mengatasi masalah ini. Namun tak lupa juga pada EP Mom. Mereka dikalangan yang kerap alami masalah ini.

Ramai yang beraggapan bahawa hanya dengan makan antibiotik ia akan menyelesaikan masalah sumbatan tersebut. Sekiranya punca tidak di atasi dengan baik, ibu akan kerap terkena kembali. Lama-kelamaan susu ibu akan semakin berkurang.

Clogged duct yang tidak di atasi dengan baik boleh berakhir dengan nanah (abscess).

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.