Skip to main content

Teknik Power Pumping untuk Meningkatkan Produksi Susu

"Kenapa bila susu drop ramai kawan-kawan saya nasihat untuk buat power pumping?"

Kerapkan kita dengar usulan ini? 

Betul ke power pumping dapat meningkatkan produksi susu?

Bagaimana nak lakukan power pumping ni? 


Power pumping ini sebenarnya kerap diperlukan oleh ibu yang exclusive-pumping (EP). Dalam erti kata yang lain, ibu yang tidak direct feeding anaknya sama sekali.

Ini kerana, EP mom ini tiada fasa growth spurt atau pecutan pertumbuhan yang dialami secara semulajadi melalui proses direct feeding.

Anak yang tiba-tiba menghisap kerap, untuk beberapa hari sehingga goyang ibu dan berasa "mungkinkah aku tak cukup susu" akan terjadi kepada ibu yang direct feeding secara berkala. Walhal EP mom tidak begitu.

Mereka fix dengan jadual pam yang entah 3 jam sekali atau 4 jam sekali itu. Ini juga boleh jadi penyebab sukar untuk EP mom mengekalkan produksi susu seperti ibu yang direct feeding.

Maka mulalah pengamalan power pumping di kalangan ibu-ibu menyusu. Sehingga ia boleh mejadi suatu tekanan apabila perlu kerap buat power pumping padahal mungkin sahaja ibu tersebut tidak perlu pun melakukan hal tersebut.

Power pumping sebenarnya adalah untuk menyamai cluster feeding.

Selain dari fasa growth spurt, anak juga ada tempoh yang kerap menyusu namun sekejap-sekejap. Ini kerap di lihat pada waktu petang atau awal pagi bagi setengah-setengah bayi.

Ya, betul. Power pumping adalah teknik yang direka untuk "meniru" cluster feeding secara alami. Dan ia bertujuan meningkatkan produksi susu.

Namun perlukah semua ibu melakukannya?

Sekiranya ia di lakukan dengan keadaan tertekan, kurang rehat kerana bangun di tengah malam semata-mata untuk power pumping sehinggakan waktu rehatnya terganggu pun kurang membantu juga. Kena ingat - STRESS IS THE BIGGEST MILK KILLER. Maka tepuk dada tanya selera.

Jadi, adakah perlu di lakukan?

Sekiranya perlu, tetapkan masa yang sesuai, seperti sebelum tidur, atau awal pagi sebelum solat ke, atau bila free.

Bagaimana nak buat?







Sekiranya perlu buat power pumping:

✔️ Buat secara bersederhana

✔️ Tentukan berapa masa yang sesuai

✔️ Buat apabila perlu dan berhenti apabila sudah dapat amaun yang diperlukan.

✔️ DONT OVER DO IT! 


Apabila melakukan power pumping ini, janganlah pula berharap bahawa hasil pump ketika power pumping itu yang akan banyak kerana tujuannya adalah mimik cluster feeding. Maka susu ibu akan meningkat untuk cycle berikutnya dan kemudian-kemudiannya.

Namun power pumping yang di buat dengan saiz corong yang salah dan dalam keadaan stress baik stress mental mahupun fizikal, kurang memberi impak.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...