Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Resipi

Resipi Ibu Menyusu | Nasi Halba

Siapa pernah dengar halba adalah sejenis milkbooster? Menurut Academy Of Breastfeeding Medicine, galactogogues adalah bahan yang boleh membantu di dalam produksi air susu ibu. Namun prinsip utamanya tetap demand dan supply yang sifat autocrine dimana memperbaikinya adalah kunci utama barulah galactogogues atau juga di kenali sebagai millbooster  akan membuahkan hasil. Galactogogues terdiri dari ubatan dan herba. Antara herba yang kerap diguna pakai sebagai milkbooster adalah halba. So cost effective dan mudah untuk didapatkan. Penggunaannya juga cukup versatile. Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek ini memiliki komponen diosgenin, apigenin, and luteolin yang dikatakan dapat merangsang anterior pituitary (bahagian otak yang merembeskan prolactin) dalam pembentukkan susu ibu. Namun begitu, halba boleh mengeluarkan bau badan yang dikatakan seperti berbau manis seperti maple syrup sekiranya di ambil dalam kadar yang banyak tapi untuk saya secara peribadi ia berbau kurang enak. Ha...

Resipi Ibu Menyusu | Cranberry Peanut Granola

Mak menyusu selalunya cepat lapar. Ada yang kata "you ni makan macam bela saka". Hahaha. Mak-mak menyusu je yang faham tahap kehausan dan kelaparan masa menyusu ni.  Setuju tak? So hari ni saya nak kongsikan Cranberry Peanut Granola. Boleh di jadikan kudapan, makan pagi dan on the go  Sebenarnya kandungan granola ni boleh disesuaikan mengikut apa yang ada di rumah. Kunci utama dalam pembuatan granola ni adalah bahan yang "mengikat" antara satu sama lain dan mengekalkan bentuk granola tersebut.

Resipi Ibu Menyusu | Non-Baked Energy and Lactation Cookies

Ada orang panggil ni non-baked lactation cookies, tapi saya panggil ia sebagai energy boost cookies. Resipi ni sudah lama saya guna sebagai kudapan. Sebab kadang-kadang on the go tak sempat makan proper food, maka kudapan ini selalu mengisi perut sementata nak habis meeting atau in between patient. Ramai yang cakap oats, kekacang dan brew yeast adalah makanan penggalak susu. Namun ia juga bersifat low glycemic index di mana ia akan slowly naikkan gula darah. So tak ada lah asyik lapar sentiasa. Orang kata mak-mak menyusu ni lapar sentiasa macam bela saka. Hahaha!