Skip to main content

Resipi Ibu Menyusu | Nasi Halba

Siapa pernah dengar halba adalah sejenis milkbooster? Menurut Academy Of Breastfeeding Medicine, galactogogues adalah bahan yang boleh membantu di dalam produksi air susu ibu. Namun prinsip utamanya tetap demand dan supply yang sifat autocrine dimana memperbaikinya adalah kunci utama barulah galactogogues atau juga di kenali sebagai millbooster  akan membuahkan hasil.

Galactogogues terdiri dari ubatan dan herba. Antara herba yang kerap diguna pakai sebagai milkbooster adalah halba. So cost effective dan mudah untuk didapatkan. Penggunaannya juga cukup versatile.

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek ini memiliki komponen diosgenin, apigenin, and luteolin yang dikatakan dapat merangsang anterior pituitary (bahagian otak yang merembeskan prolactin) dalam pembentukkan susu ibu.

Namun begitu, halba boleh mengeluarkan bau badan yang dikatakan seperti berbau manis seperti maple syrup sekiranya di ambil dalam kadar yang banyak tapi untuk saya secara peribadi ia berbau kurang enak. Hahahaha!

So apa lagi, jom saya kongsikan resipi nasi halba. Mana lah tahu ada yang nak buat untuk lunch nanti.


Bahan-bahannya:

  • Bawang besar merah 1 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia setengah inci
  • Bunga lawang 1 sudu kecil
  • Kayu manis 1 batang
  • Bunga cengkih 1 sudu kecil
  • Halba 3 sudu kecil
  • Minyak sapi / butter / minyak masak
  • Susu segar / susu sejat
  • Beras


Cara-caranya:


Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu minyak sapi.

Tumis bawang, halia dan bawang putih. Masukkan rempah 3 sekawan. Tumis sampai harum.

Masukkan 3 sudu kecil halba.

Masukkan susu cair/susu segar/susu UHT


Masukkan 2 mangkuk air bersama hasil tumisan tadi.

Saya masukkan 3 sudu kecil gula molalesse ni. Dan satu sudu kecil garam.


Sekarang masukkan beras. Saya guna 2 cawan beras.

Lepas dah gaul rata, masukkan dalam periuk nasi untuk masak seperti biasa.

Nasi halba ni makan macam tu je sedap ya amat. 

Dr Nurhaya Yacob.


Selamat menikmati gais!


References:

    1. The Academy of Breastfeeding Medicine Protocol Committee. ABM Clinical Protocol #9: Use of Galactogogues in Initiating or Augmenting the Rate of Maternal Milk Secretion (First Revision 2011). Breastfeed Med 2011;6(1):41-49
    2. Bumrungpert A, Somboonpanyakul, Pavadhgul P, et al. Effects of fenugreek, ginger, and turmeric supplementation on human milk volume and nutrient content in breastfeeding mothers: A randomized double-blind controlled trial. Breastfeed Med 2018;13(10):645-650

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...