Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Penjagaan Bayi

Tips Solat Tarawih Dengan Anak Kecil

 SOLAT TARAWIH BERSAMA ANAK KECIL Ramai ibu yang menyuarakan kesedihan kerana tidak dapat ke masjid atau surau untuk menunaikan solat tarawih berjemaah. Namun, antara nikmat bertemu Ramadan Kareem yang tidak boleh disangkal adalah Solat Tarawih adalah solat sunat yang hanya di laksanakan ketika bulan Ramadan sahaja. Walaupun tidak berjemaah di masjid atau surau, mungkin ibu boleh melakukan Solat Tarawih sendirian di rumah, atau berjemaah dengan anak perempuan yang sudah besar sedikit.

Epstein Pearl dalam Mulut Bayi - Apa itu?

"Dr, saya rasa anak saya ada jangkitan kulat pada mulut dia. Saya dah cuba lap, mula-mula ingat susu, tapi tak hilang " kata Puan MA. Menyusu semakin ok, beberapa jam selepas lahir sampai hari pertama tu puting sakit juga, tapi tak luka. Bila betulkan sana sini, ok dah. "Saya pilih football hold, macam Dr suggest, mudah baby nak buka mulut besar." Sambung Puan MA lagi. Beliau kelihatan bersungguh ingin menyusui bayinya secara exclusive. Namun melihat keadaan gusi bayinya beliau kelihatan sedikit kecewa dan resah. Bayi berusia 2 hari ini baru sahaja pulang dari hospital. Terus ke bertemu saya di center kerana isu ini. Ada tak ibu yang alami perkara yang sama seperti apa yang terlihat dalam gambar di bawah?

Kebaikan Sentuhan Kulit ke Kulit Kepada bayi

Skin-to-skin contact (SSC) atau sentuhan kulit ke kulit merujuk kepada tindakan meletakkan bayi yang hanya mengenakan lampin ke atas dada yang tidak berpakaian (diutamakan kepada ibu bayi sekiranya ada dan mampu). Tubuh badan bayi ditutup dengan kain untuk tujuan memanaskan. SSC ini diperkenalkan kepada bayi pramatang di Colombia pada awal tahun 1980's dengan menunjukan hasil yang sangat baik untuk bayi-bayi pramatang ini. Sejak itu, SSC kerap di lakukan atau di tekankan kepada bayi pramatang. Tapi kan sebenarnya, SSC sesuai dan sangat baik di lakukan kepada semua bayi yang baru lahir. Baik pramatang mahupun kelahiran matang.