Skip to main content

Epstein Pearl dalam Mulut Bayi - Apa itu?

"Dr, saya rasa anak saya ada jangkitan kulat pada mulut dia. Saya dah cuba lap, mula-mula ingat susu, tapi tak hilang" kata Puan MA.

Menyusu semakin ok, beberapa jam selepas lahir sampai hari pertama tu puting sakit juga, tapi tak luka. Bila betulkan sana sini, ok dah.


"Saya pilih football hold, macam Dr suggest, mudah baby nak buka mulut besar." Sambung Puan MA lagi.

Beliau kelihatan bersungguh ingin menyusui bayinya secara exclusive. Namun melihat keadaan gusi bayinya beliau kelihatan sedikit kecewa dan resah.

Bayi berusia 2 hari ini baru sahaja pulang dari hospital. Terus ke bertemu saya di center kerana isu ini.

Ada tak ibu yang alami perkara yang sama seperti apa yang terlihat dalam gambar di bawah?


Ini bukan jangkitan kulat atau kulat susu. Ini adalah "EPSTEIN PEARL" yang juga di ketahui sebagai cyst kecil yang kerap terlihat pada gusi atau lelangit bayi.

Tahukah ibu bahawa 60% hingga 85% bayi memiliki epstein pearl ini. Ia di namakan sempena nama peneminya iaitu Alois Enstein, seorang pakar kanak-kanak dari Czech pada tahun 1880.

Sebenarnya ia tidak berbahaya dan tidak memerlukan sebarang rawatan khusus. Epstein Pearl akan hilang/ pecah dengan sendirinya. Pastinya ia memerlukan mass beberapa minggu.

Walaupun ia kelihatan menggerunkan untuk ibu, sebenarnya si bayi tidak berasa apa-apa. 


Apakah epstein pearl ini?

  • Epstein pearl ini mengandungi keratin, sejenis protein yang di temui di dalam kulit dan beberapa mukosa yang lain.
  • Ia boleh timbul sebiji seperti di dalam rajah di bawah, atau sederetan 2 hingga 6 biji.
  • Ukurannya bervariasi.


Epstein Pearl terjadi di dalam mulut bayi bukan kerana faktor makanan ibu atau apa yang ibu lakukan ketika hamil. Ia berlaku ketika di dalam proses pembentukan rahang bayi ketika kehamilan.

Sekiranya ibu tidak yakin atau ragu-ragu, ibu boleh membawa bayi bertemu dengan pakar kanak-kanak, atau doktor gigi.

"Jerawat" kecil seperti ini juga boleh jadi jangkitan kulat atau "natal teeth" di mana gigi yang sudah keluar pada saat kelahiran.


🚨 Red flag yang perlu ibu pantau ðŸš¨

  • Ketulan putih tersebut semakin membesar dan berdarah.
  • Bayi kelihatan sangat tidak selesa. 
  • Bayi tidak mahu menyusu mungkin kerana ketidak selesaan atau sakit akibat dari adanya ketulan itu.
  • Ketulan putih itu kekal di situ selama berbulan-bulan.


Ada ke ibu-ibu yang pernah lihat adanya epstein pearl di dalam mulut bayi ibu?

Jom kongsi pengalaman ibu. ❤️.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.