Skip to main content

Posisi Penyusuan untuk Dapatkan Lekapan Bayi yang Baik

"PUTING SAYA PENDEK, ANAK TAK SAMPAI NAK MENYUSU."

Ibu  menyusu pernah rasa macam ni tak atau mungkin pernah alami sendiri?

Serius kerap sangat saya jumpa kes begini sehingga ibu yang awalnya beriya ingin menyusu, tumpas dengan idea puting pendeknya itu menjadi punca kegagalan bayinya tak boleh menyusu.

Selalunya kalau kes begini bertandang di ruang konsultasi, saya akan minta ibu tunjukkan terlebih dahulu bagaimana ibu menyusu bayinya sehingga merasakan putingnya pendek.

Ia berpunca dari 3 point yang ibu lihat di rajah di bawah.

Kaki yang tidak disokong, sehingga menyebabkan ibu terpaksa menjengkit kakinya. 

Kenapa perlu sokongan pada bahagian kaki?

Ibu yang menyusu bukan menyusu hanya untuk beberapa saat sahaja. Hatta selama 30 saat menjengkit kaki untuk memastikan bayi menyusu dengan baik pun sudah berasa penat dan lenguh. Ini kan pula untuk 20 ke 30 minit.

Lama kelamaan, ibu akan mula menukar posisi dari duduk tegak, kepada posisi membongkok, untuk menyokong kaki yang sudah letih menjengkit.



Bayi yang tidak disokong dengan bantal pada bahagian peha ibu.

Ketika menyusui bayi yang baru lahir pada posisi duduk, baik dikerusi mahupun di atas katil, sebaiknya dilapik dengan bantal.

Ibu boleh pilih, nak guna "nursing pillow" atau bantal tidur. Tiada masalah yang mana satu pilihan hati.

Kenapa begitu penting melapik bayi dengan bantal?

Ini bertujuan untuk membantu mengekalkan posisi tubuh ibu agar tidak membongkok setelah lama menyusu.

Selain dari itu, dengan melapik bantal juga, ia dapat mengekalkan posisi bayi untuk terus melekap dengan baik. 

Badan bayi tidak menghadap ibu sepenuhnya.

Posisi bayi yang betul ketika menyusu adalah :

Bayi perlu menghadap ibu sepenuhnya. Kepala dan badannya. Bukan kepalanya sahaja. Masalah ibu yang merasakan putingnya pendek ini selalunya hanya kepala bayi sahaja yang menghadap payudara ibu. Badan bayi pula terlentang. Bagaimana bayi nak melekap dengan baik.

Mulut bayi perlu menghadap payudara ibu. Tak boleh ke bawah, ke atas atau ke tepi. Betul-betul menghadap. Di sini pentingnya sokongan bantal tadi untuk memastikan posisi bayi kekal baik.

Sekiranya tidak dilapik, perlekapan yang awalnya baik akan lama-lama berubah menjadi perlekapan dangkal (shallow latch). Bayi akan semakin melorot kebawah dan akhirnya ibu akan meriba bayi di atas peha. Akhirnya bayi akan menghisap pada hujung puting sahaja.

Jauh kan jarak peha dan payudara ibu. Maka mula lah adegan "puting saya pendek" dan "anak tak sampi nak menyusu"


Betulkan posisi ibu, betulkan posisi pegangan bayi barulah bayi dapat melekap dengan baik.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.