Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Fakta Penyusuan

Tips Solat Tarawih Dengan Anak Kecil

 SOLAT TARAWIH BERSAMA ANAK KECIL Ramai ibu yang menyuarakan kesedihan kerana tidak dapat ke masjid atau surau untuk menunaikan solat tarawih berjemaah. Namun, antara nikmat bertemu Ramadan Kareem yang tidak boleh disangkal adalah Solat Tarawih adalah solat sunat yang hanya di laksanakan ketika bulan Ramadan sahaja. Walaupun tidak berjemaah di masjid atau surau, mungkin ibu boleh melakukan Solat Tarawih sendirian di rumah, atau berjemaah dengan anak perempuan yang sudah besar sedikit.

Penghasilan Susu Ibu dan Saiz Perut Bayi

Tahukah ibu sebenarnya secara umum tubuh badan ibu menghasilkan susu kolustrum yang mencukupi untuk bayi ibu? (Macam tak percaya  je kan, sebab bayi asyik nangis) Namun kerana sifat kolustrum yang likat dan pekat serta teknik perahan tangan yang kerap dilakukan dengan salah menjadikan ibu hilang keyakinan diri bahawa sebenarnya mereka menghasilkan susu awal yang cukup untuk bayi mereka..

Kenapa Bayi Baru Lahir Selalu Jeluak Susu?

Tahukah ibu di awal usia kelahiran bayi, dinding perut bayi bersifat tegar dan kaku di mana ia akan menyebabkan pengenduran otot usus kecil yang lebih perlahan. Ini akan membuatkan bayi mudah rasa kenyang setelah minum susu ibu. Dan ketika fasa ini juga, bayi mudah "jeluak" kembali susu yang diminum. Sesuai meningkatnya usia bayi dan kekerapan penyusuan, dinding perut bayi akan semakin anjal dan mudah diregangkan.

9 Fakta Tentang Hormon Prolaktin yang Perlu Ibu Tahu

Setiap kali membicarakan tentang penyusuan susu ibu, mesti ibu biasa dengar, doktor-doktor, perunding laktasi atau kaunselor penyusuan sehingga lah ke rakan-rakan penyusuan yang lain pasti selalu menyebut prolaktin, prolaktin, prolaktin. Ibu tahu tak apa itu prolaktin? Prolaktin ni adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari ibu yang terletak di bahagian bawah otak. Prolaktin menyebabkan payudara membesar dan berkembang dan menyebabkan susu dihasilkan setelah bayi dilahirkan. Biasanya, lelaki dan wanita mempunyai sejumlah kecil prolaktin dalam darah mereka. Secara mudahnya, hormon prolaktin ini adalah hormon yang membuat susu ibu. Tahu tak betapa pentingnya hormon prolaktin ni? Jom baca tentang fakta hormon prolaktin dalam penyusuan susu ibu.

Jenis-jenis hisapan bayi semasa menyusu badan

Seorang ibu bertanya, "Bila nak letak bayi selepas menyusu? Rasa macam lama je anak menyusu." Jom kita kenali jenis hisapan bayi ketika penyusuan. Ish baby ni sekejap hisap sekejap tarik, sekejap menyusu gairah lepas tu nampak macam mengempeng sahaja. Biasakan kita dengar ayat-ayat di atas. Sebenarnya semua itu adalah peringkat hisapan bayi.

Kandungan Susu Ibu - Magisnya Titisan Emas Itu!

Bagi saya penyusuan susu ibu ni mudah sangat. Tak perlu risau kandungan air cukup atau tidak, lemak cukup atau tidak. Semua lengkap, insya Allah. Di saat musim panas.. foremilk lebih banyak... semasa berada di negara sejuk.. hindmilk pula yang lebih tinggi. Tak perlu risau anak sembelit. Masyalahhh.. mudah kan? Tugas kita hanya menyusu di sebelah payudara sehingga bayi kenyang.. tak perlu ubah-ubah pun.

Bayi keliru puting dan tidak mahu menyusu badan - kenapa?

"KENAPA BAYI TIDAK MAHU MENYUSU DI PAYUDARA NI?" Kenapa? "Saya dah cuba nak menyusu di payudara, doktor. Tapi bila dekatkan je dia mengamuk dan melentik-lentik badannya, bagai dibuat orang. Kadang kala menangis sampai tak ada suara..." Selalunya saya akan bertanya, " Masa awalnya-awal puan menyusu macam mana, anak tak tolak ke?" Antara jawapan yang selalu saya terima: "Saya baru bawa balik bayi ni, Dr. Sebab anak ada kuning jadi admit di hospital untuk phototherapy jadi dia minum susu perahan saya menggunakan botol, ni baru saya nak bagi ke payudara saya." "Oh saya perah dan bagi susu ibu ikut botol, Dr. Mula-mula hari pertama kedua ketiga semua okay, jadi saya nak mengurut sebab bidan datang, nanti kacau la saya nak mengurut. Jadi saya bagi botol untuk 7 hari. Saya mengurut pagi petang."

12 Tips Atasi Masalah Susu yang Sedang Merundum!

Masalah susu yang merundum memang yang paling digusari ramai ibu yang menyusu kan? Ada pelbagai sebab boleh menyebabkan susu merundum sama ada secara tiba-tiba atau secara beransur. Jom baca tips-tips yang boleh ibu lakukan untuk atasi masalah susu merundum ni. Sekiranya anda adalah ibu yg menyusu secara langsung dengan bayi ataupun direct feeding, ini adalah beberapa langkah yang boleh dilakukan.

Variasi Puting Payudara dan Cabarannya dalam Penyusuan Susu Ibu

Setiap putting payudara wanita di dunia ini adalah berlainan dan tidak sama. Terdapat beberapa jenis puting secara amnya. Setiap puting payudara ini mempunyai cabarannya dalam penyusuan susu ibu. Oleh itu, sebelum ibu mula menyusu, pastikan ibu kenal jenis puting sendiri untuk memudahkan kefahaman dan seterusnya penyusuan susu ibu nanti.