Skip to main content

12 Tips Atasi Masalah Susu yang Sedang Merundum!

Masalah susu yang merundum memang yang paling digusari ramai ibu yang menyusu kan?
Ada pelbagai sebab boleh menyebabkan susu merundum sama ada secara tiba-tiba atau secara beransur.

Jom baca tips-tips yang boleh ibu lakukan untuk atasi masalah susu merundum ni.



Sekiranya anda adalah ibu yg menyusu secara langsung dengan bayi ataupun direct feeding, ini adalah beberapa langkah yang boleh dilakukan.

  • Pastikan latching dengan anak yang baik, kerana milk transfer atau susu yang dihisap bayi akan keluar dengan efisyen dan akan sangat membantu produksi susu yang baru.
  • Ibu boleh menadah susu dari payudara yang satu lagi ketika sedang menyusu anak pada payudara satu lagi. (Ini sangat disarankan ketika dalam pantang, tetapi hanya menadah dengan milk collector sahaja, bukan mengepam dengan pam elektrik.)
  • Bila mula bekerja, susu akan sedikit drop dari masa cuti bersalin kerana ibu akan membuat jadual mengepam 3 jam sekali untuk jadual perahan, sedangkan pada masa cuti ibu menyusukan direct mengikut demand anak bukan menjadualkan 3 jam sekali.

    Perhatikan demand anak, mereka demand sejam sekali sehingga 2 jam sekali (selalunya frekuansi demand mereka lebih tinggi berbanding jadual pam yg anda buat di tempat kerja) jadi jangan pula kenapa susu drop.

    Kan MORE DEMAND MORE SUPPLY.


  • Sentuhan antara bayi dan ibu adalah rangsangan terbaik utk membantu mengeluarkan susu berbanding dengan pam susu. Apabila ada sentuhan dengan anak secara automatik, oksitosin akan dirembeskan, jadi memerah menggunakan mesin perahan memang hasilnya tidak sama dengan ibu yang direct feeding.


  • Sekiranya susu anda drop...

    Drop sikit? berkemungkinan anda sedang stress. Cuba lakukan  sesuatu untuk membantu mengurangkan stress. Menjadi seorang ibu dan insan yang hidup memang tidak boleh lari dr stress. Jadi, ayat "jangan stress" tu boleh dilupakan. Tetapi KURANGKAN TAHAP STRESS. Tengok video anak, bercakap bersembang dengan suami, tengok online shopping apps, atau apa saja yang dapat menggembirakan hati pada ketika itu.

    Drop banyak? Cuba tengok balik ada tak terjadi sesuatu seperti biarkan payudara bengkak beberapa kali? Atau jika ada ketulan di payudara? Ibu boleh belajar untuk urut payudara. Buat setiap hari. Sehari sekali pun sudah cukup untuk pastikan aliran susu lancar. Kadang-kadang ketul kecil-kecil akan jadi besar dan mengganggu perjalanan keluar susu. Jadikan habit untuk mengurut payudara, jangan tunggu ketul menjadi besar atau bengkak baru nak urut.

    Drop 80% produksi susu? Cuba lah buat ujian UPT. Mana la tau rupanya Allah memberi rezeki indah berbentuk kehamilan. Kehamilan akan membuat susu drop. Ada sesetengah ibu, susunya akan drop bila nak haid dan ada pula yang tidak terganggu.


  • Pastikan anda minum air yang secukupnya dan makan. Badan kita megandungi 70% air. Dan untuk menjalankan fungsi badan sangat memerlukan  air. Bagaimana sekiranya anda minum sedikit dan badan nak hasilkan susu sedangkan air dlm badan nak digunakan untuk buat kerja yang lebih penting dari buat susu ibu.


  • Elakkan membiarkan payudara bengkak baru nak pam. Ini kerana anda sedang mengundang dengan sengaja untuk susu merudum. Bengkak bukan erti susu banya, dan payudara lembik bukan bererti susu tidak ada. Sekiranya dalam masa 4 jam (maksimum) tidak ada rangsangan utk keluarkan susu dan susu masih ada dalam payudara (sebab kononya belum "bengkak" lagi) FIL akan hantar signal ke otak utk kurangkan penghasilan susu kerana SUSU YG ADA SKRG PUN TAK KELUAR LAGI BUAT APA NAK BUAT SUSU BARU.

    Sebab tu mula-mula syok sekali pam dapat banyak tetapi lama-lama susu akan makin berkurang. Ingat ya, ibu buat jadual di tempat kerja 3 jam sekali untuk menjaga level prolaktin dalam darah agar optimum bukan maksimum.


  • Sekiranya masih lagi drop, ibu boleh buat power pumping untuk mimik cluster feeding pada saat anak sedang growth spurt tu. Tapi jangan over do it ya. Lakukan sebelum tidur atau lepas bangun pagi. Elakkan bangun di tengah-tengah malam hanya utk buat power pumping kerana kononya prolaktin tinggi pd waktu malam. Memang hormon prolaktin tinggi pada malam hari, tetapi sebelum tidur pun malam juga. Dan kalau bangun tengah-tengah malam untuk power pumping semata-mata, badan tak dapat rehat yg secukupnya dan ini akan membuatkan stress juga. Jadi sebenarnya tak membantu pun, malah ibu akan makin penat. Buat la sebelum tidur atau bangun awal sejam. Boleh juga bangun tahajud dulu baru power pumping insyallah Allah permudahkan.


  • Kalau buat power pumping, bukan hari ni buat esok terus nampak naik satu oz. Kalau tak percaya, amik gambar utk simpanan sendiri sahaja lalu bandingkan kenaikan susu. Ya, sikit-sikit tapi lama-lama jadi la bukit.


  • Penjadualan perahan susu tidak sama setiap ibu sila buat jadual pam yang tidak memberatkan si ibu utk mengikutinya. Jangan buat jadual yg super demanding contohnya 2 jam sekali tetapi lepas tu tak boleh ikut sebab sibuk dengan kerja. Realistik skit ya.


  • Kalau rajin lagi sila buat jadual dan tandakan hasil yang dapat juga. Saja buat untuk naikkan semangat.
  • DAH USAHA SEMUA, JADI BERTAWAKAL DAN BERDOALAH. Kerana apa yg kita lakukan, cakap dan rasa itu semua doa. Jadi didik hati utk buat, fikir, cakap dan rasa benda yang baik-baik. Ingatlah, kalau anda buat sehebat mana pun, kalau Allah kata Dia tak mahu bagi.. tetap sama juga. Maka buat berpada-pada dan jaga hubungan dengan Allah. Dia adalah kunci segala2nya..


Jaid, kunci utama nya masih tetap menjaga demand. Baik demand original dari anak atau demand tiruan yg dibuat oleh mesin perahan susu.


Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...