Skip to main content

Apa Yang Saya Perlu Pantang Makan Semasa Saya Sedang Menyusu?

"Saya ni jenis badan berangin, macam mana tak nak bagi bayi kembung?"


Ini antara soalan kesukaan ibu-ibu yang bertanya kepada saya.

Pernah satu hari saya dpt DM di Facebook;

"Dr, saya nak berhenti menyusu sebab saya ni jenis badan berangan..nanti anak saya kembung..saya baru beranak 3 hari lepas."

Kita kerap dengar banyak pantang larang makanan untuk ibu yang menyusu.

Betul tak?



Sebenarnya, TIDAK ADA MAKANAN KHUSUS yang perlu ibu jauhi, makan saja apa yang dirasakan sesuai.

Cuma ada kalanya bayi alah dgn sesuatu makanan yg dimakan ibu kerana sedikit sebanyak makanan itu akan diberikan kepada bayi melalui susu ibu. Namun, makanan yang tidak sesuai untuk seorang ibu dan bayi tidak semestinya tidak sesuai untuk pasangan ibu dan bayi yg lain.

Antara tanda-tanda alahan kepada makanan:

  1. Muntah, cirit-cirit dan sakit perut.
  2. Bayi mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti sering gatal-gatal kulit.
  3. Namun bayi yg minum susu ibu, perkara ini JARANG berlaku, bukan tidak berlaku sama sekali tau.
  4. Sekiranya ia berlaku, lazimnya bayi alah kepada makanan yang dimakan si ibu. Ia bukan bererti anak tersebut alah dengan susu ibu. Ia sering terjadi di kalangan keluarga yang memiliki keturunan alah yang kuat.
  5. Protein haiwan adalah satu penyebab alah yang sering kita temukan. Cuba elakkan meminum minuman susu haiwan buat sementara waktu dan pantau tindak balas yang diberikan oleh bayi.
  6. Begitu juga dengan makanan yang lain seperti telur, soya, kekacang, ayam dan lain-lain.

Bagi yang menyusu susu rumusan sememangnya menghadapi risiko tinggi mendapat alahan kerana protein haiwan. Kita dapat kawal makanan yg dimakan, tapi kita tidak boleh kawal makanan yang dimakan oleh binatang ternakan.

Sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda alahan, ibu boleh membuat food diary, atau dairi catatan makan yang diambil sehari oleh hari ibu. Contohnya :


Selasa (30 Jun 2020)

07.30 pagi   Makan pagi, air susu farm fresh 1 cawan
                    Nugget ayam home made atau beli
10.30 pagi   Nasi lemak masak sendiri. Sambal ada belacan.
                    Air minum just protein (katanya naik susu badan)
11.30 pagi   Makan kismis 3 biji dan badam semangkuk 
01.30 tgh     Makan spagethi bolognese di Dave's Deli, minum Iced Lemon Tea

Ya, detail seperti ni. Setiap yang masuk ke mulut ibu di tulis dan kemudian, try and error untuk  mencari alah dari makanan yang mana. Hentikan satu makanan untuk dua haridan menyusu seperti biasa.

Sekiranya alah tersebut hilang dengan tidak memakan makanan tersebut, cuba makan semula untuk sehari dan kemudian lihat hasilnya. Sekiranya alah tersebut muncul mungkin saja si kecil alah dengan makanan itu.

Untuk kepastian, ibu boleh juga membuat ujian alahan di mana-mana pakar kulit (kalau tak salah).


"Air sejuk pula macam mana, Dr?"


Saya tidak akan menjawab perlu atau tidak berpantang air sejuk selama menyusu, tetapi saya hanya akan bagi satu situasi untuk ibu bayangkan dan berfikir..

Sekiranya ibu-ibu menggosok gigi dan berkumur, air yang ibu ludahkan kembali setelah berkumur air paip yang dingin tu keluarnya dingin juga atau suam?

IBU PASTI DAPAT MEMBUAT PILIHAN YG TEPAT!.


Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.