Skip to main content

Bayi keliru puting dan tidak mahu menyusu badan - kenapa?

"KENAPA BAYI TIDAK MAHU MENYUSU DI PAYUDARA NI?"

Kenapa?

"Saya dah cuba nak menyusu di payudara, doktor. Tapi bila dekatkan je dia mengamuk dan melentik-lentik badannya, bagai dibuat orang. Kadang kala menangis sampai tak ada suara..."

Selalunya saya akan bertanya, "Masa awalnya-awal puan menyusu macam mana, anak tak tolak ke?"

Antara jawapan yang selalu saya terima:

"Saya baru bawa balik bayi ni, Dr. Sebab anak ada kuning jadi admit di hospital untuk phototherapy jadi dia minum susu perahan saya menggunakan botol, ni baru saya nak bagi ke payudara saya."

"Oh saya perah dan bagi susu ibu ikut botol, Dr. Mula-mula hari pertama kedua ketiga semua okay, jadi saya nak mengurut sebab bidan datang, nanti kacau la saya nak mengurut. Jadi saya bagi botol untuk 7 hari. Saya mengurut pagi petang."





Sejujurnya saya sangat terkilan apabila dapat jawapan mcm ni, ini adalah kesan dari pengurusan dan permulaan penyusuan yang tidak baik.

Sekiranya bayi terpisah dari ibu atas alasan apa sekalipun, puting tiruan bukanlah alasan utama untuk diberikan. Ibu boleh berikan  susu ibu menggunakan picagari atau cawan malah sudu.

Sekiranya anak bersama ibu, boleh direct feeding on demand untuk anak.

Tetapi jika ibu sedang mengalami keadaan ini, jangan mudah berputus asa. Sesungguh tidak ada kata terlambat untuk kembalikan anak ke payudara, yang ada cuma kecekalan dan ketabahan sang ibu serta sokongan dari pasanganan dan keluarga. Disertakan doa pada Tuhan kerana Dia lah yang memegang hati kita .

PENOLAKKAN MENYUSU DI PAYUDARA TERJADI APABILA;

  • Bayi lebih menggemari puting tiruan berbanding payudara ibu kerana mekanisma menyusu di payudara ibu dan mekanisma menyusu menggunakan puting tiruan adalah berbeza.
  • Bayi yang sudah berhenti menyusu, tetapi mahu disusukan semula di payudara.
  • Bayi yang dari awal, tidak mahu menyusu di payudara kerana pelbagai sebab seperti sakit, berpisah dengan ibu, atau malah mungkin susu yang tidak cukup baginya (aliran yang perlahan).
  • Bayi yang mogok menyusu ataupun di sebut "nursing strike. 

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PENOLAKKAN PAYUDARA:


  • Kelahiran yang rumit dimana bayi mungkin sahaja kehilangan refleks menghisap payudara untuk sementara kerana ubat bius yang diberikan kepada ibu semasa proses melahirkan.
  • Peringkat perkembangan bayi. Bayi yang sudah mula berinteraksi dengan persekitarannya lebih senang tertarik kepada keadaan sekeliling atau mahukan perhatian sepenuhnya daripada ibu.
  • Masalah mulut. Bayi yang ada masalah sumbing terutamanya lelangit akan mengalami kesulitan untuk mengekalkan perlekapan. Kesakitan kerana luka di dalam mulut, pertumbuhan gigi atau mungkin jangkitan di dalam mulut seperti jangkitan kulat.
  • Bayi yang tidak sihat. seperti bayi yang terkena selsema atau jangkitan telinga di mana mereka tidak selesa atau bayi yang mudah termuntah (gerd) tidak selesa disusukan secara berbaring.
  • Ibu yang tidak sihat. Jangkitan payudara seperti mastitis, bengkak susu akan menukarkan rasa susu. Selain dari itu, ada sesetengah ubat yang memberikan sedikit rasa berbeza kepada anak namun ia bukanlah faktor kekal.
  • BAYI LEBIH MENGGEMARI PUTING TIRUAN / BOTTLE FEEDING.
  • ALIRAN SUSU YANG PERLAHAN KERANA KURANG SUSU (selalunya ibu yang memberi faktor ini adalah ibu yang mix-feeding)
  • Ketakutan...kerana aliran susu yang terlalu laju (payudara ibu bengkak, over production) akan menyebabkan anak mudah tersedak semasa menyusu. Atau ibu yang menjerit atau marah anak ketika puting susu digigit boleh membuatkan mereka takut untuk menyusu.

Teruslah mencari ilmu wahai para ibu, kata-kata seperti "kalau boleh saya nak menyusu anak selama dua tahun" itu tidak datang bergolek. Mulakan dengan betul. Walaupun cabaran datang bak raksasa, ibu tetap mampu menghadapinya.

Untuk memberikan anak susu secara menggunakan susu atau cawan, boleh lah rujuk video di bawah.


Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.