Skip to main content

Jenis-jenis Posisi Semasa Penyusuan Susu Ibu

Berikut adalah penerangan ringkas tentang posisi penyusuan termasuk kesesuaian situasi penggunaannya.


Ini adalah posisi penyusuan yg umum. Namun anak diatas 6 bulan yang sudah aktif akan gemar menyusu mengikut posisi-posisi freestyle atau gaya bebas.


Seperti yang ibu-ibu tengok, posisi-posisi yang mana yang sesuai untuk ibu aplikasikan masa menyusu.




  • Ibu baring secara mengiring, kedua-dua lutut dibengkokkan dan bayi dibaringkan secara mengiring menghadap payudara. Posisi ini sangat sesuai untuk ibu yang melahirkan dengan proses pembedahan.



  • Kepala bayi diampu dan dipegang dibatas riba, bayi mengiring sambil muka, perut dan lututnya menghadap ibu. Ibu memaut lengan bayi dengan lengan ibu.


  • Belakang tubuh bayi disokong sepanjang lengan ibu, bahu, leher & kepala bayi disokong dengan tangan ibu. Puting dipegang dlm bentuk C - sangat sesuai untuk bayi kembar atau untuk mereka yang memiliki puting datar atau inverted nipple.


  • Kedudukan bayi adalah sama seperti posisi pegangan buaian, tetapi ibu memegang bayi pada lengan yang bertentangan dgn payudara yg ingin disusukan. Posisi ini sgt di sarankan pada usia bayi dlm hitungan hari kerana ibu lebih mudah untuk mengawal pergerakkan kepala anak.


  • Posisi di mana ibu berbaring dan kepala ditinggikan kira-kira 45 darjah. Bayi diletakkan di atas ibu. Posisi ini sangat sesui untuk ibu yang melahirkan melalui proses pembedahan.

Walaubagaimanapun, keselesaan ibu yang perlu diutamakan dalam penyusuan. Ibu boleh memilih posisi yang mana pun, asalkan kedua-dua ibu dan anak selesa sepanjang penyusuan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...