Skip to main content

9 Fakta Tentang Hormon Prolaktin yang Perlu Ibu Tahu

Setiap kali membicarakan tentang penyusuan susu ibu, mesti ibu biasa dengar, doktor-doktor, perunding laktasi atau kaunselor penyusuan sehingga lah ke rakan-rakan penyusuan yang lain pasti selalu menyebut prolaktin, prolaktin, prolaktin.

Ibu tahu tak apa itu prolaktin?

Prolaktin ni adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari ibu yang terletak di bahagian bawah otak. Prolaktin menyebabkan payudara membesar dan berkembang dan menyebabkan susu dihasilkan setelah bayi dilahirkan. Biasanya, lelaki dan wanita mempunyai sejumlah kecil prolaktin dalam darah mereka.

Secara mudahnya, hormon prolaktin ini adalah hormon yang membuat susu ibu.

Tahu tak betapa pentingnya hormon prolaktin ni? Jom baca tentang fakta hormon prolaktin dalam penyusuan susu ibu.

1) Hormon prolaktin adalah hormon yang bertanggungjawab merangsang PENGHASILAN SUSU.

2)  Selepas beberapa minit penyusuan berlangsung, hormon prolaktin akan dirembeskan ke dalam darah dan berada di dalam darah selama 30 minit selepas setiap kali penyusuan.

3) Rembesan hormon prolaktin ketika penyusuan ini akan menyebabkan payudara menghasilkan susu untuk penyusuan berikutnya.

4) Oleh kerana itu lah kenapa penyusuan yang kerap itu di katakan membantu dalam penghasilan susu bukan milkbooster. "More demand more supply!"

5) Salah satu fungsi besarnya adalah penghasilan susu kerana itu namanya 'pro' - 'lactin'. Namun, hormon ini di katakan  memiliki kira-kira 200 fungsi lain di dalam tubuh manusia.

6) Nama lain hormon prolaktin adalah luteotropic hormon.

7) Hormon prolaktin di hasilkan di kelenjar pituitari (dalam otak) apabila terjadinya rangsangan hisapan bayi di payudara ibu (refleks saraf).

8) Penyusuan di waktu malam adalah sangat penting untuk memastikan penghasilan susu yang banyak kerana hormon prolaktin lebih tinggi di malam hari.

9) Dengan penyusuan yang kerap, bayi "exclusive breastfeed", usia bayi 6 bulan dan ke bawah dan ibu belum datang haid, hormon prolaktin juga membantu dalam menghalang proses ovulasi dan menjarakkan kehamilan.

Prolaktin adalah "hormon penghasilan susu" manakala oxytocin "hormon pengeluaran susu". Dua "job description yang berbeza yang perlu ibu fahami.

Awesome untuk semua ibu yang sabar dan tabah menghadapi penyusuan yang kerap, itulah kunci penghasilan susu yang stabil!

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...