✅ Menyusukan bayi sesuai demand atau permintaan bayi.
Menjadualkan menyusuan susu ibu akan menganggu produksi. Contohnya:
Bayi saya menyusu 3 jam sekali. Kalau bayi minta sebelum 3 jam, ibu akan berikan puting kosong / pacifier.
Penyusuan berjadual di atas akan mengganggu demand dan supply sekali gus mengganggu produksi susu ibu.
Penyusuan susu ibu perlulah mengikut demand bayi, sebab itu lah kita panggil "feed on demand".
✅ Co sleeping, atau tidur bersama bayi
Ibu yang tidur bersama bayi atau dipanggil co-sleeping, akan membantu ibu untuk respond lebih cepat terhadap penyusuan susu ibu.
Selain itu, ibu juga tidak terlalu letih kerana sekiranya ibu tidur bersama bayi, ibu boleh melakukan penyusuan dengan posisi berbaring mengiring dan ini boleh membantu ibu untuk berehat sambil menyusui.
✅ Menjaga hidrasi tubuh
Tubuh badan seorang individu dewasa mengandungi 60-70% air. Ini bermakna, lebih dari separuh tubuh badan kita adalah air. Bayangkan sekiranya kita tidak menjaga hidrasi tubuh.
Individu dewasa disarankan untuk minum 8 gelas sehari iaitu kira-kira 1.6 - 2 liter. Ibu menyusu pula disarankan untuk minum 8 - 13 gelas sehari iaitu 1.6 - 2.6 liter.
Maka, memang penting untuk ibu menyusu supaya menjaga hidrasi tubuh.
✅ Rehat!
Betul, adalah hampir tidak memungkinkan untuk kita sarankan ibu untuk medapat tidur 6 hingga 8 jam. Namun pastikan istirahat/tidur yang ibu dapatkan itu adalah tidur yang berkualiti.
Biarpun hanya tiga jam, tapi 3 jam yang berkualiti.
Jauhkan gadgets sebelum tidur, kalau menggunakan essential oil, boleh diffuse minyak yang boleh membantu menenangkan dan dapatkan deep sleep.
✅ Penyusuan di malam hari
Penyusuan di malam hari adalah salah satu tips untuk mengekalkan produksi yang susu yang baik.
Selain dari hormon prolaktin yang lebih tinggi di malam hari, permintaan yang kerap tanpa gap yang terlalu lama akan membantu mengekalkan produksi melalui ciptaan demand dan supply.
Ada segelintir yang merasakan penyusuan di malam hari adalah sesuatu yang melelahkan. Pemberian susu diberikan menggunakan botol dan EBM oleh penjaga atau pasangan. Tapi awas, ini boleh menurunkan produksi susu ibu di kemudian hari.
✅ Sentuhan kulit ke kulit.
Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi membantu membuatkan ibu rasa tenang juga bila berdekatan dengan bayi.
Semoga bermanfaat dan membantu.

Comments
Post a Comment