Skip to main content

Tips Penyusuan dan Kekal Bertenaga di Bulan Ramadan

Beberapa hari lagi, umat Islam di seluruh dunia akan bertemu bulan Ramadhan, bulan 1000 rahmat. Begitu banyak ganjaran yang di berikan di dalam bulan ini sehingga para ibu yang sedang menyusukan anaknya berasa sangat gusar menghadapinya.

Mana tidaknya, berpuasa lengkap di Bulan Ramadhan mereka mahu, menyusukan anak seperti biasa juga mereka mahu dengan penghasilan susu yang tip top. Betul tak?

Jom baca tips tips-tips yang boleh kita sama-sama lakukan dalam persiapan menghadapi bulan Ramadhan ini dan terus kekal aktif dan bersemangat untuk menyusukan anak.




Minum air sikit-sikit tetapi kerap sejak dari berbuka puasa sehingga bersahur.

Letakkan botol air di tepi katil untuk mudah minum air ketika menyusui bayi.

Tubuh badan manusia dewasa terdiri dari 60%air, makan penggantian air sepanjang tempoh tidak berpuasa sangat penting.

Ramai yang minum sekali gus banyak ketika bersahur, ini hanya akan membuatkan ibu penjadi pelawat terkerap tandas setelah itu.






Sahur adalah kunci utama. Jangan skip dan lewat-lewatkan.

Pemilihan makanan jenis "karbohidrat yang lambat dilepaskan" atau low to moderate glycemic index food. Ia akan membantu ibu terus bertenaga dan tidak mudah lesu pada siang hari.

Amalkan bukan sahaja ketika bersahur, namun ketika berbuka puasa serta kudapan seperti kekacang dan sebagainya.




Sepanjang tempoh tidak berpuasa, kudap dengan buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai, sengkuang dan lain-lain.


Cuaca sekarang tak menentu. Sekiranya tak perlu berpanasan, elakkan. Sekiranya perlu, rancang hari anda.



Elakkan makanan terlalu banyak berminyak dan bergaram tinggi. Ia akan membuatkan ibu kerap haus




Kita tahu bahawa minuman bersoda, kopi dam teh, coklat juga memiliki kafein. Kafein ini memiliki efek duretik. Sekejap-sekejap kencing walaupun airnya minum tak banyak mana pun.
.
Kalau boleh elak-elakkan. Kalau nak juga minum kopi, cairkan atau kuantiti yang lebih sedikit.





Kadang-kadang di petang hari, ibu akan melihat bayi menyusui dengan keadaan kurang puas kerana penurunan produksi susu, itu normal.

Lakukan breast compression ketika menyusu untuk membantu mempercepatkan aliran susu kepada bayi serta elakkan bayi meragam ketika menyusu.

Selain dari tu,
Sekiranya ibu sudah cuba berpuasa masih kerap terkena hypoglycemia seperti menggigil, pening, loya dan sebagainya, sedangkan bayi menyusu ekclusif bersama ibu, cuba berpuasa selang sehari.

Lebih banyak tips detail dan lebih terperinci di dalam ebook "menyusu ketika ramadan"





Dapatkan melalui link di bawah:



Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...