Skip to main content

Variasi Puting Payudara dan Cabarannya dalam Penyusuan Susu Ibu

Setiap putting payudara wanita di dunia ini adalah berlainan dan tidak sama. Terdapat beberapa jenis puting secara amnya. Setiap puting payudara ini mempunyai cabarannya dalam penyusuan susu ibu. Oleh itu, sebelum ibu mula menyusu, pastikan ibu kenal jenis puting sendiri untuk memudahkan kefahaman dan seterusnya penyusuan susu ibu nanti.



Rajah di atas menunjukkan jenis-jenis puting payudara. Saya sengaja memilih gambar ini walaupun banyak gambar lain yang lebih cantik.

Kenapa?

Kerana gambar payudara dan puting yang paling atas itu digelar everted nipple dan bukannya normal nipple.

Kenapa ia begitu penting?

Secara tanpa kita sedar, kita selalu melabel ibu yang ada puting datar atau puting inverted ni seolah-olah ianya tidak normal. Kerana jenis puting ini bukan tidak normal, tapi ia merupakan salah satu variasi sahaja dan variasi ini ada sedikit cabaran bersamanya.

Saya pernah bertanya kepada diri sendiri "What is normal nipple? And why is inverted or flat niple is consider abnormal? What does it mean? Cacat kah?"

Jadi, ibu yang memiliki puting datar atau inverted nipple, jangan lah terasa down atau putus asa. Ini kerana ia bukan tidak normal tapi cuma satu variasi puting. Namun cabarannya sekiranya tidak ditangani dengan baik akan berakhir dengan putus asa dan menyerah kalah.


Puting Datar (Flat nipple) atau Putting Terbalik (Inverted nipple)

Bayi agak sedikit sukar melakukan perlekapan awalnya kerana seolah-olah tidak ada tempat pautan mulut pada saat melakukan perlekapan. Namun ibu kena ingat, bayi melekap bersama areola atau tompok hitam sekitar puting, bukan puting sahaja jadi ibu jangan putus asa dahulu.

Ibu hanya perlu mengetahui teknik yang betul untuk melakukan perlekapan.
Selalunya saya akan buat "pinch test" untuk betul-betul pastikan sama ada inverted nipple atau tidak.


Puting Besar

Puting jenis ini pula cabarannya adalah untuk mendapat perlekapan yang baik, kerana mulut baby yang comel itu kadang kadang tidak dapat melakukan perlekapan yang baik sehingga kadang-kadang si comel hanya menghisap puting sahaja dan tidak meliputi aerola atau tompok hitam.

Dalam pengalaman saya menyantun ibu dengan masalah perlekapan akibat dari puting besar yang saya pernah jumpa adalah sebesar ibu jari kaki. Ya, sangat besar! Jadi perlekapannya tidak dalam dan tidak baik. Lama kelamaan ibu akan mula mendapat crack nipple.


Puting Panjang

Sekiranya puting ibu panjang, kadang-kadang bayi akan membuat gaya seperti hendak termuntah kerana puting ibu agak kedalam sehingga ke belakang. Jangan panik dahulu, berikan anak masa untuk menyesuaikan posisi kedalaman puting. Usaha tangga kejayaan.

Puting kecil atau pendek selalunya ia tidak sukar untuk anak menyusu, ibu hanya betulkan posisi ibu dan posisi bayi sahaja, maka bayi akan sangat mudah untuk menyusu.


Puting “flat” atau “pesudoinverted/psudoflat”

Ramai ibu yang merasakan mereka ada flat atau inverted nipple, namuan bukan semuanya betul-betul flat. Nak tahu macam mana? Perhatian kepada ibu yang merasakan miliki jenis puting susu yang datar atau inverted. Sekiranya ibu memiliki jenis puting yang begitu, boleh terus melakukan pinch test.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...