Skip to main content

Tips Atasi Bayi Tiba-tiba Enggan Menyusu atau Nursing Strike

Pernah dengar tak mogok menyusu atau nursing strike?
Apa itu?

Ibu perasan tak bila sampai usia mcm 3 atau 4 bulan, ada satu fasa anak tidak mahu menyusu bila kita letakkan di payudara walaupun nampak macam anak dah bagi feeding cue?

Bila di dekatkan dengan payudara, dia akan menoleh-noleh ke kiri dan ke kanan. Takkan anak kita nak wean off dah kot? Baru 4 bulan kan?

Ibu jangan panik dulu ya. Mungkin saja yang terjadi adalah NURSING STRIKE atau MOGOK MENYUSU.


Bagaimana ibu nak tahu samada anak sedang mengalami nursing strike atau anak sudah mahu wean off?

Sekiranya anak anda sedang mengalami nursing strike;
  • Selalunya usia bayi adalah kurang daripada setahun. Kemungkinan terjadi selalunya dalam usia 3 bulan ke 8 bulan. Ini kerana bayi di bawah 1 tahun jarang berhenti menyusu secara tiba-tiba.
  • Bayi yang mogok menyusu biasanya menolak untuk menyusu secara drastik atau tiba-tiba walaupun sebelumnya menyusu tanpa masalah.
  • Secara amnya, bayi sihat dengan tumbesaran yang normal. Sekiranya bayi berumur lebih dari 6 bulan, biasanya bayi sudah mengambil makanan pejal jadi tidak menjadi masalah.
  • Bayi akan kelihatan marah dan tidak selesa apabila berada di payudara ibu seperti ada sesuatu yang menganggu proses penyusuan itu.

Pernah ada kes di mana ibu yang baru masuk kerja dan inginkan semangat baru. Ibu membeli set mandian The Body Shop dan menukar sabun cuci baju. Masa anak dia tidur, ibu mandi dengan scrub dan segala perlengkapan mandi yang baru tersebut. Ketika hendak menyusu anak ibu tersebut melentik-lentikkan badannya, tidak mahu menyusu.

Ibu tersebut menyangka anaknya mengalami kembung (colic) dan urut, tetapi tiada perubahan, tetap menangis sehingga tertidur.  Setelah berfikir dan recall semula, baru lah sedar bahawa nursing strike tersebut disebabkan ibu bertukar sabun (bau-bauan).


Manakala anak yang sudah bersedia untuk cerai susu atau wean off pula;
  • Bayi berhenti menyusu secara beransur-ansur bukan secara tiba-tiba.
  • Selalunya anak yang berumur setahun keatas dan dah konsisten makan makanan pejal.
  • Bayi yang dah sudah bersedia untuk bercerai susu akan menolak payudara tanpa menunjukkan rasa marah atau pun gembira apabila disusukan.

Jadi, kenapa nursing strike ini terjadi?
  • Kemungkinan kerana bayi tidak selesa menyusu kerana jangkitan telinga, luka di dalam mulut, selsema atau hidung tersumbat.
  • Bayi rasa tidak selesa gusi kerana hendak tumbuh gigi.
  • Ada perubahan pada rutin seperti ibu mula bekerja balik semula, bertukar pengasuh, ibu pergi ke kursus beberapa hari dan terjadi perpisahan dengan anak.
  • Ibu mengalami tekanan di tempat kerja atau pun urusan lain yang menyebabkan tekanan seperti kesedihan akibat kematian dalam keluarga, berpindah ke rumah baru atau ada krisis dalam keluarga. Apabila bayi dapat merasakan tekanan tu, bayi juga berkemungkinan akan menolak penyusuan.
  • Rasa susu berubah diakibatkan ubat-ubatan atau makanan.
  • Ibu bertukar sabun mandi, wangi-wangian atau sabun baju juga boleh mencetuskan nursing strike kerana bayi hanya mahu bau ibunya yang dia biasa.
  • Kadang-kadang tiada sebab. Dah cari semua tapi tetap tak dapat jumpa mengapa bayi itu mengalami mogok susu.

Jadi, apa nak buat bila anak ada mogok susu atau nursing strike?

  1. Saya tahu mummy stress dan tertekan..ayat yg pertama anak saya akan kebulururan ke..akan kelaparan ke dia nanti. Try to calm down dan elakkan anak sense stress atau kekecewaan itu. Biarpun susah, cubalah...
  2. Gunakan teknik memujuk bayi yang keliru puting.
  3. Banyakkan masa bersama bayi dgn melakukan sentuhan kulit ke kulit! Peluk.. Belai bayi sesering mungkin.boleh juga menggunakan alat menggendong bayi seperti ring sling, ssc dan wrap.
  4. Mandi bersama si comel menggunakan air suam.
  5. Menyusukan bayi pd waktu malam semasa mereka mengantuk (dream feed). INGAT, JANGAN PAKSA SEKIRANYA MEREKA MENOLAK!
  6. Susukan bayi di tempat yg tenteram dan tidak banyak gangguan persekitaran.
  7. Pastikan bayi menunjukkan tanda-tanda cukup susu dan membuang najis dgn secukupnya.

Apa-apa pun, jangan lupa 2 prinsip utama ini -

  1. PASTIKAN BAYI TETAP MENDAPAT SUSU
  2. LINDUNGI PRODUKSI SUSU
Ibu boleh beri susu perahan melalui kaedah alternatif dan ibu juga perlu terus memerah susu.

Sekiranya semua dah buat dan still bayi tak nak menyusu, bawa bayi ibu untuk berjumpa doktor untuk memastikan sekiranya anak ibu ada sakit atau tidak, seperti sakit telinga ke atau jangkitan kulat pada mulut yg menyebabkan baby tak nak menyusu.


Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.