Skip to main content

Bengkak Susu atau Payudara Penuh?

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN PAYUDARA PENUH (BREAST FULLNESS) DAN BENGKAK SUSU (BREAST ENGORGEMENT)?

Ada beza ke kedua2 situasi diatas?

Satu daripada tanda penghasilan susu semakin banyak adalah payudara semakin penuh dan membesar.

Selalunya ia mula terjadi masa hari kedua atau hari ke lima selepas bersalin.

Selalunya ibu akan merasakan payudaranya menjadi lebih berat, penuh dan sedikit tak selesa.

Tetapi apabila baby melekap ataulatch dengan baik dan betul, kerap dan mengeluarkan susu dengan efektif, biasanya ia tidak berpanjangan.

Ibu mesti yakin bahawa lekapan yg betul dan penghisapan yang kerap perlu dilakukan utk mengelakkan payudara bengkak.



PASTIKAN MENYUSU MENGIKUT KEHENDAK BAYI & BIARKAN BABY MENYUSU DI SATU PAYUDARA SEHUNGGA PUAS... so breast satu lagi mcm mn?

TADAH LA DENGAN MILK COLLECTOR tu.

Sekiranya payudara menunjukkan tanda-tanda seperti yg saya kongsikan di bawah ni, maka ibu sila la memberi perhatian yang lebih untuk elakkan komplikasi yang lebih berat, ya.

Kedua-dua BREAST FULLNESS & BREAST ENGORGEMENT ini memberi tanda-tanda yang berbeza.

Saya sering melihat perbezaan ini dari empat aspek iaitu :


KESAKITAN

Ibu yg sedang merasakan payudaranya penuh biasanya tidak berasa sakit yg teruk. Ia lebih kepada tidak selesa berbanding sakit.

Ibu yg terkena bengkak susu biasanya datang dengan kesakitan yg sedikit teruk dan kadangkala memerlukan ubat tahan sakit seperti paracetamol.


SUHU PAYUDARA

Ibu yang sedang berasa penuh payudaranya akan berasa suam pada saat memegang payudara.

Ibu yg terkena bengkak susu akan merasakan suhu yang lebih panas dari payudara yg penuh.


KULIT PAYUDARA

Kulit payudara ibu yg penuh isinya kelihatan normal, cuma ukurannya saja lebih besar.

Ibu yg terkena bengkak susu, seringkali kulitnya mempunyai kulit yg tegang, terik dan berkilat. Selalunya tidak merah, tapi kalau merah pun sedikit sahaja.


KEADAAN PAYUDARA

Payudara penuh tidak keras seperti bengkak payudara. Bayi tidak ada masalah utk melekap.

Payudara yang mengalami bengkak susu akan berasa berketul-ketul. Areola (tompok hitam) pula rasa keras macam muncung hidung dan tak lembut mcm kelopak mata. Bayi akan susah melekap pada payudara yg bengkak kerana puting yg sudah mendatar dan keras. Pada saat ini, selalunya ibu sering menggunakan mesin perahan, tetapi sebaiknya adalah melakukan "reverse pressure softening" dan kemudian di ikuti perlekapan si kecil.



Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...