Skip to main content

Kenapa Bayi Baru Lahir Selalu Jeluak Susu?

Tahukah ibu di awal usia kelahiran bayi, dinding perut bayi bersifat tegar dan kaku di mana ia akan menyebabkan pengenduran otot usus kecil yang lebih perlahan.

Ini akan membuatkan bayi mudah rasa kenyang setelah minum susu ibu. Dan ketika fasa ini juga, bayi mudah "jeluak" kembali susu yang diminum.

Sesuai meningkatnya usia bayi dan kekerapan penyusuan, dinding perut bayi akan semakin anjal dan mudah diregangkan.


Apabila kita cuba memberikan susu  lebih dari kapasiti perut dan mengatasi proses fisiologi pertumbuhan  bayi, bayi akan kerap muntah.

Dengan memahami perubahan fisiologi pertumbuhan bayi ini, mudah untuk ibu faham kenapa kolostrum iaitu susu awal ibu ini memiliki ketumpatan nutrisi yang tinggi, berjumlah kecil sahaja namun cukup untuk bayi kita.

Yang perlu ibu lakukan adalah menyusui sesuai dengan permintaan bayi. Pada fasa ini, bayi akan menyusui secara kerap dan berdurasi lebih pendek. 

Sekiranya ibu tak dapat menyusui bayi secara langsung di payudara, sebaiknya matlamat pemberian susu adalah  kerap dan dalam jumlah yang kecil tidak melebihi kapasiti perut bayi.

Sangat sesuai dengan penghasilan susu ibu awal (kolustrum) yang sedikit.

Don't rush the process ya mommy ❤️


References:

  1. Zangen S et al (2001). Rapid maturation of gastric relaxation of gastric relaxation in newborn infants


Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...