Skin-to-skin contact (SSC) atau sentuhan kulit ke kulit merujuk kepada tindakan meletakkan bayi yang hanya mengenakan lampin ke atas dada yang tidak berpakaian (diutamakan kepada ibu bayi sekiranya ada dan mampu).
Tubuh badan bayi ditutup dengan kain untuk tujuan memanaskan.
SSC ini diperkenalkan kepada bayi pramatang di Colombia pada awal tahun 1980's dengan menunjukan hasil yang sangat baik untuk bayi-bayi pramatang ini.
Sejak itu, SSC kerap di lakukan atau di tekankan kepada bayi pramatang. Tapi kan sebenarnya, SSC sesuai dan sangat baik di lakukan kepada semua bayi yang baru lahir. Baik pramatang mahupun kelahiran matang.
Dr Nile Bergman, pakar perinatal neuroscience dari Sweden berpendapat apabila bayi diletakkan dalam posisi skin-to-skin pada dada ibu, bayi memiliki keseimbangan tubuh dimana ia akan memberi keupayaan untuk bayi menggunakan tangannya untuk mendorong tubuhnya dan mendongak dagunya untuk memulakan menyusuan apabila perlu.
Pada keadaan ini, ia akan membuatkan tubuh ibu merembeskan hormon oxytocin yang tinggi. Rembesan oxytocin ini akan membuatkan dada ibu lebih hangat akibat dari dilatasi pembuluh darah, membuatkan puting susu ibu lebih mengeras untuk memudahkan penyusuan serta mengurangkan keresahan ibu.
5 kesan baik sentuhan kulit-ke-kulit
- Mengimbangi suhu tubuh bayi
- Menstabilkan detak jantung bayi. Apabila bayi lebih tenang, lebih sedikit kalori di bakar dan berat bayi akan naik lebih baik.
- Mengurangkan perembesan serum kortisol (stress hormon).
- Mengurangkan tangisan bayi
- Merangsang penyusuan dan perlekapan sesuai keinginan. Serta koordinasi hisapan dan pernafasan yang lebih baik.
Skin-to-skin memang mengutamakan ibu, namun sekiranya ibu tidak dapat meneruskan SSC, ia boleh di teruskan oleh bapa atau sesiapa sahaja. Ia bukan sahaja sebatas di kamar bersalin, ia boleh diteruskan di rumah, dan tiada batas usia. Jadi ibu yang tak dapat nak skin to skin sejurus selepas kelahiran jangan bersedih. Teruskan rumah sekerap mungkian ya. ❤️
Tiada istilah "jangan kerap-kerap pegang bayi, nanti jadi manja dan susah nak pi kerja". Ini adalah contoh buah fikiran kuno dan sudah boleh di "buang" jauh-jauh.
Rujukan:
- UNICEF (May, 1984) kangaroo treatment saves underweight babies.
- Bergman N ( 2005) More than a cudde: skin-to-skin contact is key.
- Gomez Papi A et al. (1998) Kangaroo method in the delivery room for full-term babies.
- Bergman NJ et al. (2004) Randomized controlled trial of skin-to-skin contact from birth versus conventional incubator for physiological stabilization in 1200- to 2199- gram newborns.
- Winnicott DW (1962) The theory of parent-infant relationship.
Nota kaki:
- Dalam rajah ini saya menggunakan strechy wrap. Ia boleh digunakan sejurus selepas kelahiran sehingga berat mencapai 17kg.
- Ibu boleh membuat skin to skin dengan bayi hanya mengenakan lampin. Atau digunakan sebagai carrier apabila keluar.
- Bahan strechy wrap yang berasaskan cotton dan spandex ini sesuai digunakan di Malaysia yang bercuaca panas.
Dr Nurhaya Yacob
Otak bayi berkembang pesat pada 6 tahun pertama. Dan paling pesat pada 24 bulan pertama. Jangan sia-siakan waktu yang ada.
Comments
Post a Comment