Skip to main content

Resipi Ibu Menyusu | Cranberry Peanut Granola

Mak menyusu selalunya cepat lapar. Ada yang kata "you ni makan macam bela saka". Hahaha.

Mak-mak menyusu je yang faham tahap kehausan dan kelaparan masa menyusu ni. 

Setuju tak?

So hari ni saya nak kongsikan Cranberry Peanut Granola. Boleh di jadikan kudapan, makan pagi dan on the go 

Sebenarnya kandungan granola ni boleh disesuaikan mengikut apa yang ada di rumah. Kunci utama dalam pembuatan granola ni adalah bahan yang "mengikat" antara satu sama lain dan mengekalkan bentuk granola tersebut.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan Rolled oat
  • Pumpkin seed
  • Sunflower seed
  • White sesame
  • Dried Cranberry
  • 1/3 cawan Peanut butter 
  • 1/3 cawan Virgin Coconut Oil (paling penting untuk kekalkan bentuk dan mengikat kekacang)
  • 1 1/3 cawan Madu 


Bahan-bahan ini semua ikut apa yang ibu ada di dapur sahaja ya. Tak sama seperti saya pun tak apa.


Cara penyediaan:

Masukkan kekacang pilihan ke dalam mangkuk. Masukkan madu,virgin coconut oil, dan peanut butter.

Gaul sebati. Akhir sekali masukkan dried cranberry. Ia memberi sekit rasa masam.

Setelah siap gaul rata semuanya, siapkan baking tray yang telah dilapik dengan baking paper supaya mudah nak keluarkan nanti.

Masukkan semua bahan yang sudah di gaul sebati ke dalam baking tray.

Ratakan dan mampankan. Tekan guna senduk kayu atau gunakan tangan.

Ni tambahan tau. Last minute ternampak white sesame ni so saya tabur skit sebelum masuk ke dalam peti sejuk.

Balance dried cranberry tadi saya jadikan topping.

Ready untuk disejukkan.

Inilah hasil 1 jam di dalam deep freezer atau boleh je nak letak dalam peti sejuk. Kalau letak semalaman lagi sedap.

Potong granola mengikut ukuran yang sesuai untuk ibu. Ada yang suka kecil ada yang suka besar.

Makanan pagi saya kalau rasa malas nak berenyah, boleh jadi stock untuk kudapan masa hamil dan ketika menyusu.


Granola! Anytime, anywhere!


Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...