Skip to main content

Perlukah memerah (pump) susu ibu semasa awal berpantang?



REALITI :

Kena perah susu seawal mungkin, kalau boleh dari masa dalam pantang sebab nak kumpul stok untuk mula kerja nanti. Nanti tak sempat buat stok kalau mula lambat.

FAKTA :

Sekiranya perahan susu di mulakan seawal di dalam tempoh cuti berpantang, ibu lebih berisiko tinggi untuk hadapi beberapa masalah, antaranya seperti :

  • Overproduction 
  • Nipple confuse / Keliru puting
  • Breast engorgement / Bengkak susu
  • Block duct / Ketulan pada tisu payudara


Overproduction (kesan pada ibu)

Hal ini terjadi kerana demand dan supply yang terhasil adalah bukan demand dan supply ibu dan anak, tetapi demand dan supply di antara ibu dan pam. Pam akan mengosongkan payudara, tetapi bayi akan menghisap susu sehingga mereka kenyang. Mekanisma ini penting agar ibu berterusan menghasilkan susu yang cukup untuk bayi ibu.

Produksi berlebihan akan terbentuk kerana kelenjar pituitary ("kilang" hormon prolaktin) mendapat ransangan pada setiap kali sesi perahan, payudara akan dikosongkan sepenuhnya. Maka susu yang dihasilkan adalah untuk mengisi ruang payudara yang kosong tadi.

Lebih kerap ia dikosongkan lebih kerap dia terhasil. Sekiranya payudara betul-betul kosong maka kekosongan itu akan dipenuhi kembali.

Hasilnya di kemudian hari, ibu-ibu perlu memerah susu setiap beberapa jam untuk mengosongkan payudara. Sekiranya ia tidak dilakukan, ibu akan berasa tidak selesa sama sekali.

Apa akan jadi bila tidak dikosongkan, yang mungkin kerana kekangan masa, terlajak tidur atau mesin perahan ibu rosak?

  • Breast engorgement / bengkak susu
  • Block duct / ketulan pada saluran susu
  • Mastitis / jangkitan pada tisu payudara
  • Breast abscess / nanah dalam payudara

Sekiranya payudara tidak dikosongkan ibu akan rasa mula merasa seram sejuk, nak demam dan mula bengkak susu, nak tak nak kena juga perah, dan begitulah cycle nya.

Apabila asyik kerap memerah, anak nak menyusu jadi rimas, mula lah kalimat anak asyik nak mengempeng.

PADAHAL BREASTFEEDING IS ALL ABOUT BREAST AND BABY. NOT PUMP AND BABY!

Di mana bondingnya kalau kita asyik bermesra dengan pam susu?


Nipple Confuse / keliru puting adalah gejala paling kerap terjadi.

Kenapa keliru puting boleh terjadi?

Apabila susu kerap dan cepat mengisi payudara maka ibu akan mula merasa penat memerah, selesai memerah pasti ibu ingin berehat atau buat hal lain, maka mula lah sesi meminta bantuan suami atau sesiapa sahaja di sekitar ibu untuk membantu memberi susu pada bayi agar ibu dapat berehat sebentar.

Sekiranya mereka memberi susu dengan menggunakan cawan, sudu atau picagari, boleh dimaafkan lagi, tetapi sekiranya menggunakan botol dan puting.. rasa-rasanya apa yang akan terjadi?


Overproduction (Kesan pada baby)

Bayi kerap tersedak ketika penyusuan kerana produksi susu yang banyak daripada keperluan anak membuatkan aliran susu menjadi sangat laju.

Ketika memulakan penyusuan, bayi sering tersedak kerana aliran susu yang laju sehingga ibu perlu melakukan pegangan gunting atau menyusu sambil berbaring ke belakang (laid back position) untuk melawan graviti agar susu yang mengalir tidak terlalu laju.

Ia umpama meletakkan paip air di dalam mulut bayi dan buka paipnya. Secara automatik, bayi akan bertindak balas dengan cara menarik kepalanya kebelakang atau melepaskan payudara.

Apatah lagi ketika Let Down Reflex (LDR), ibu akan dapat melihat ketidakselesaan pada bayi pada waktu menyusu.


Berat badan yang tidak naik.

Pasti ibu yang susunya banyak tidak gusar dengan berat anak mereka. Kerana mereka yakin mereka dapat menyediakan susu yang cukup untuk bayi.

Namun lebih kerap terjumpa bayi yang menyusu dari ibu yang overproduction mengalami kesukaran naik berat badan.

Eh kenapa pula begitu?

Ini kerana bayi akan mudah kenyang hanya dengan foremilk dan tidak sempat nak sampai ke hindmilk, mereka sudah kenyang sebelumnya.

Foremilk atau susu awal mengangdungi kandungan air yang lebih tinggi berbanding hindmilk atau susu kemudian. Hindmilk mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Kadang-kadang kita dapat melihat berat bayi statik serta najis bayi yang berwarna hijau.

Pada kondisi seperti ini, ibu digalakkan memerah dahulu sedikit foremilk. Ini bukan sahaja membantu baby agar mendapat hindmilk tetapi ia juga dapat mengurangkan kelajuan aliran susu kerana payudara tidak sudah terlalu penuh.


Bayi juga lebih kerap lapar.

Oleh kerana bayi mendapat kebanyakan foremilk berbanding hindmilk dimana kandungan airnya yang jauh lebih tinggi, ini akan menyebabkan ia sangat mudah dihadam sehingga terlihat seperti bayi sering kelaparan dan tidur yang tidak lama. Foremilk yang tinggi kandungan air akan menghilangkan rasa haus pada mereka, dan hindmilk tinggi kandungan lemak dan protein membantu mereka rasa kenyang lebih lama, menaikkan berat badan serta mendapat kandungan lemak dan antibodi yang diperlukan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...