Salah satu kegusaran yang dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan anak dan sedang membuat persiapan untuk menghantar anak ke pengasuh atau taska apabila ingin mula bekerja selepas habis tempoh berpantang adalah bayi tidak mahu menyusu dengan menggunakan botol susu.
Jom baca 10 tips ini, mana tahu ibu boleh cuba untuk anak ibu.
- Jadikan masa penyusuan botol tu mcm satu sesi bermain, bukan sesi yg stress. Cuba beri susu dengan botol ini pada waktu pagi kerana anak-anak berada dlm keadaan yg ceria dan segar.
- Elakkan dari terus memberi payudara sekiranya anak menolak botol. Cuba lanjutkan dengan bermain dengan anak dahulu dan kemudian cuba memberi susu dengan botol semula.
- Cuba beri bayi minum susu dengan botol semasa anak baru bangun dari tidur dan masih dalam keadaan mamai.
- Sekiranya anak hanya menghabiskan setengah amaun susu dari botol, ibu boleh cuba lanjutkan dengan penyusuan secara langsung sekiranya perlu.
- Berikan susu dalam botol semasa bayi berada dalam kerusi bayi, stroller atau pun di atas sofa. Namun begitu, pastikan posisinya tegak dan selamat.
- Berikan penyususan melalui botol ketika sedang berjalan-jalan atau berada di luar rumah.
- Ibu boleh mulakan penyusuan secara langsung dengan payudara sehingga Let Down Refleks (LDR) kemudian disambung dengan pemberian botol.
- Elakkan mula memberi susu dalam botol apabil anak sudah kelaparan semata-mata kerana mahukan bayi minum dari botol.
- Sekiranya anak menolak pemberian susu botol oleh ibu, boleh lah meminta bantuan daripada orang lain seperti suami. Sementara itu, ibu boleh tunggu di kawasan atau ruang yang berbeza.
- Sekiranya anak masih menolak, jangan terlalu risau. Kadang kala anak kelihatan menolak botol susu ketika di rumah tetapi kerapkali mudah menerima botol bila di rumah pengasuh atau di taska.
Ada juga anak yang memang tidak mahu menggunakan botol. Sekiranya ini berlaku, ibu boleh cuba berbincang dengan pengasuh untuk mengguanakan kaedah yang lain seperti mengguanakn sudu, cawan atau picagari kerana ada sesetengah pengasuh berfikiran lebih terbuka untuk menerima pelbagai kaedah alternatif dalam pemberian susu kepada bayi.

Comments
Post a Comment