Skip to main content

Tips Hebat Mengatasi Masalah Bengkak Susu atau Bengkak Payudara



Bengkak susu memang antara masalah yang kerap dialami oleh ibu yang menyusukan anak. Kalau tidak dibendung, masalah akan menjadi lebih teruk.

Di sini saya kongsikan tentang cara-cara menangani masalah bengkak susu ni agar ibu-ibu semua boleh mencegah sebelum ia menjadi lebih teruk.

1. Menyusu dengan lebih kerap

Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan teknik "reverse pressure softening" sebelum memulakan perlekapan. Susukan bayi sekerap mungkin mengikut kehendak bayi pd kedua-dua belah payudara terutamanya pada yang bengkak itu. Pengosongan payudara dengan berkesan dapat mengelakkan bengkak menjadi lebih serius.

Ia adalah LANGKAH TERPENTING bg mengatasi masalah bengkak susu.

Biarkan bayi menyusu di sebelah payudara dahulu sehingga kenyang. Kemudian baru tawarkan sebelah lagi. Sekiranya bayi sudah kenyang, ibu boleh memerah sedikit untuk mengeluarkan susu agar berasa lebih selesa.

TIDAK PERLU PERAH SEHINGGA BENAR-BENAR KOSONG SETIAP KALI PAYUDARA BENGKAK!

Sekiranya ini sering dilakukan,  ianya boleh menyebabkan lebih banyak susu dihasilkan dan bengkak kembali terjadi selepas itu.

2. Memerah dengan tangan adalah teknik terbaik untuk bengkak susu

Untuk ibu yang mengamalkan exclusive-pumping (EP mom), ibu boleh juga memerah menggunakan mesin tetapi pada stimulation tahap yang rendah dan di ikuti expression tanap yang rendah SAHAJA! .

Sentiasa memulakan dgn payudara yg bengkak dahulu.

3. Tuam Payudara

Tuam payudara menggunakan tuala panas atau mandi di bawah air suam selama beberapa minit. Atau boleh juga masukkan payudara ke dalam mangkuk yg berisi air panas/suam.

TETAPI JANGAN TERLALU LAMA KERANA NANTI BENGKAK AKAN MENJADI MAKIN TERUK KERANA APABILA PAYUDARA DALAM KEADAAN SUAM, ALIRAN SUSU SEMAKIN LAJU DAN MUDAH.

Tujuan menuam dengan air panas adalah untuk melembutkan payudara sedikit agar mudah untuk bayi melekap. Sekiranya terdapat ketulan di payudara, kemungkinan saluran susu di payudara tersebut tersumbat. Ibu boleh cuba mengurut payudara dengan perlahan.

Insyallah urutan tersebut dapat membantu memecah sumbatan dan membantu melancarkan pengaliran susu.

4. Tidak berjaya dengan reverse pressure softening

Ibu-ibu boleh menggunakan breast shield atau pelapik puting. Pilih breast shield yang sesuai dengan ukuran puting ibu.

Letakkan breast shield di payudara dan pakai coli yang bersesuaian seperti biasa untuk jangka masa sekitar 30 minit. Lakukan teknik ini 30 minit sebelum menyusukan bayi anda.

Penggunaan alat ini adalah seolah-olah melakukan reverse pressure softening.

5. Tuaman sejuk (Cool compression)

Sekiranya ibu berasa terlalu sakit, bolehlah melakukan tuaman dingin dulu sebelum tuaman panas. Ibu boleh juga mengambil ubat penahan sakit seperti paracetamol (Panadol) kerana ia selamat untuk ibu menyusu.

Lakukan cool compression selama 20 minit.

Kaedah orang tua-tua dengan penggunaan kobis juga adalah seolah-olah seperti tuaman sejuk.

6. Menggunakan coli yang sesuai

Coli yang bersesuaian dan tidak longgar dapat memberikan sokongan yg sepatutnya pada payudara yang berat. Ia akan memberikan keselesaan pada ibu.



Nota:
Sekiranya ibu membiarkan bengkak payudara berterusan tanpa mengeluarkan susu, lama-lama penghasilan susu akan terjejas.


Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...