Skip to main content

Kandungan susu ibu - susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk)


Betulkah ada orang kata, bila bayi menghisap susu dari payudara sebelah kiri, maka itu adalah makanan dan jika menghisap dari payudara kanan, itu adalah minuman?

Tahukah ibu, payudara kiri dan kanan ibu memiliki kandungan dua jenis susu yang berbeza?

Ya, kandungan tersebut adalah fore milk dan hind milk!


Fore milk adalah susu awal, di mana kandungan airnya lebih tinggi sehingga mencecah 88.1%. Ia juga memiliki jisim/berat yang lebih rendah berbanding hindmilk. Oleh kerana itu, fore milk akan keluar lebih awal apabila bayi mula menyusu.

Fore milk masih memiliki protein dan lemak, namun kandungannya adalah lebih lebih rendah berbanding hind milk atau susu belakang.

Susu awal ini juga bersifat penghilang dahaga bayi kerana memiliki kandungan air yang tinggi.

Manakala hind milk pula dikenali sebagai susu belakang, di mana kandungan protein dan lemaknya jauh lebih tinggi. Kerana kandungan lemak dan proteinnya lebih tinggi, jisim/berat nya lebih tinggi bebanding fore milk, maka ia keluar sedikit "lewat.

Hind milk juga membantu meningkatkan berat badan bayi serta rasa kenyang kepada mereka.

Jadi, setiap kali bayi menghisap susu dari payudara sebelah kiri atau kanan, kedua-dua "makanan" dan "minuman" akan diperolehi.

Maka, boleh lah ibu-ibu lupakan tentang mitos yang mengatakan hisap payudara kiri adalah makan dan payudara kanan adalah minum. Selepas ini, selesaikan sesi penyusuan pada sebelah payudara dahulu sebelum bertukar ke payudara yang lagi satu.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...