Skip to main content

Tips Bercerai Susu (Wean Off) Tanpa Mengganggu Perasaan Si Kecil

Ada sesetengan ibu yang memulakan penyusuan bersama kami sudah ada yang mula nak bercerai susu (wean off) dengan anak.

Ibu-ibu kena faham tentang satu perkara. Penyusuan susu ibu, berjaya dalam penyusuan penuh atau bercerai susu - semua ini adalah satu proses yang panjang. Bukan perkara yang boleh terus jadi atau berjaya dalam sehari dua sahaja.

Maka,  saya agak kurang bersetuju dengan sesetengah tips dan pilihan untuk meletakkan bahan-bahan di puting atau payudara dengan niat agar anak menolak untuk menyusu.

Penyusuan susu ibu adalah satu perjalanan yang sangat indah antara ibu dan anak. Sayang sekali sekiranya ia diakhiri dengan cara yg traumatis begitu bagi anak kecil.


Saya pasti kita juga tidak suka jika sesuatu yang kita sukakan dirampas daripada dengan sekelip mata dan secara traumatis. Pasti jika boleh, kita akan meminta waktu untuk menerima hal tersebut secara perlahan-lahan supaya dapat membiasakan diri. Begitu juga dengan si kecil. Hormatilah perasaan dan jiwa manja mereka. Jangan diakhiri sesuatu yang indah bagi mereka dgn cara begitu.

Bagi saya, ia sangat mementingkan diri sendiri.

Semasa anak tidak mahu menyusu ketika mereka kecil, ibu menangis-nangis, mencari bantuan mahukan supaya anak menyusu. Jadi kenapa bila sampai masa nak bercerai susu, direntak saja dengan mendadak?

Cerai susu atau "wean off" adalah satu proses.

Ia boleh jadi satu proses yang cepat atau memakan masa berbulan-bulan.

Yang pasti, ibu pasti merindui saat menyusui di kecil. Ia adalah satu pertalian jiwa yang tidak dapat ditulis atau di lakarkan. Hanya kenangan itu yg kekal dalam kotak minda ibu.

Jom baca tips yang boleh dilakukan ibu semua untuk bercerai susu secara perlahan-lahan dan menjaga perasaan si kecil.

Bercerai susu adalah satu proses yang panjang. Bukan perkara yang boleh terus jadi atau berjaya dalam sehari dua sahaja.




Apabila ibu memutuskan untuk bercerai susu atau wean off, jangan sesekali sengaja menawarkan si kecil untuk menyusu tanpa diminta.

Jika si kecil tak ingat, ibu pun terus saja leka kan dia lagi.

Ingat, ini adalah langkah pertama yang paling penting!




Bila ibu tak offer menyusu badan dengan sengaja, tetapi lepas tu si kecil ada meminta, cuba alihkan perhatiannya dengan cara mengajak anak bermain dahulu.

Alihkan perhatian anak sehingga mereka lupa seketika dengan permintaan mereka tadi.

Ingat! Bercerai susu merupakan satu proses yang mengambil masa. Jadi, dengan mengalihkan perhatian atau lengahkan penyusuan, mungkin dari 10 kali penyusuan akan berkurang ke 8 kali. Kemudian turun lagi ke 6 kali sahaja dan seterusnya sehingga anak dapat bercerai susu.

Ibu juga tak boleh kalau anak tak menyusu langsung secara tiba-tiba. Nanti boleh terjadi bengkak payudara pula.




Apabila waktu malam pula, yang selalunya si kecil akan mula nak 'mengempeng' untuk menyusu, ibu boleh cuba buat "time out" atau hadkan masa penyusuan anak.

Contohnya, kata pada si kecik "Adik boleh menyusu tapi untuk 5 minit saja ya. Lepas 5 minit kita berhenti menyusu, okay? Kalau adik okay, baru ibu bagi..."

Dan bila nak dekat dengan 5 minit tu.. kata pada anak, "Okay, ibu kira sampai 20 lepas tu kita berhenti menyusu ya. Ibu tarik perlahan-lahan dari adik ya. Adik tak boleh marah ibu tau. Adik kan dah janji tadi."

Mungkin kali pertama tidak berjaya. Tidak mengapa. Teruskan mencuba lagi sehingga berjaya.






Pada bila-bila masa sahaja, samada waktu makan, waktu bermain, waktu lengang bersama-sama, cuba banyakkan bercakap dengan anak yang mereka perlu berhenti menyusu. Cuba pahamkan mereka dengan alasan seperti mereka sudah besar.

Jangan beranggapan mereka tidak paham.

Bercakap lah dengan lembut dengan mereka, ulang dan ulang.




Bila anak tidur, semasa separa sedar, cuba urut dan usap dahi mereka sambil berkata-kata apa yang ibu mahu sampaikan.

Ulang berkali-kali dan lakukan terturut-turut setiap malam.

Kaedah bercakap dengan anak ketika minda separa sedar adalah salah satu teknik yang banyak dipraktikkan untuk membantu mengawal cara pemikiran anak.


Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.