Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...