"KENAPA BAYI TIDAK MAHU MENYUSU DI PAYUDARA NI?" Kenapa? "Saya dah cuba nak menyusu di payudara, doktor. Tapi bila dekatkan je dia mengamuk dan melentik-lentik badannya, bagai dibuat orang. Kadang kala menangis sampai tak ada suara..." Selalunya saya akan bertanya, " Masa awalnya-awal puan menyusu macam mana, anak tak tolak ke?" Antara jawapan yang selalu saya terima: "Saya baru bawa balik bayi ni, Dr. Sebab anak ada kuning jadi admit di hospital untuk phototherapy jadi dia minum susu perahan saya menggunakan botol, ni baru saya nak bagi ke payudara saya." "Oh saya perah dan bagi susu ibu ikut botol, Dr. Mula-mula hari pertama kedua ketiga semua okay, jadi saya nak mengurut sebab bidan datang, nanti kacau la saya nak mengurut. Jadi saya bagi botol untuk 7 hari. Saya mengurut pagi petang."