Skip to main content

Tips Penyimpanan Mesin Perahan (Breast Pump) Agar Bertahan Lebih Lama

Sekiranya ibu sudah bersedia untuk bercerai susu (wean off) dengan anak dan sudah bersedia untuk menyimpan mesin perahan untuk satu jangka masa yang sebelum menggunakannya semula, disarankan ibu-ibu untuk menyimpan mesin perahan tersebut dalam keadaan yang baik.

Di sini dikongsikan tips-tips penyimpanan mesin perahan agar mesin tersebut dapat bertahan lebih lama.


1) Pastikan body pump diservis dahulu. Agar di simpan dalam keadaan baik. ( Ada warranty atau tidak, sebaiknya di servis dahulu).

2) Bersihkan semua parts (alat ganti) dan lap hingga kering

3) Lihat mana mana bahagian yang koyak, longgar dan sebagainya. Sekiranya tak mahu ganti sekarang, dan ingin ganti bila nak pakai nanti sila tulis nota dan lekat dalam kotak agar mommys ingat parts mana yang nak kena tukar.

4) Sekiranya nak hasil yang lebih baik, setiap 3 bulan body pump/motor pump perlu diservice untuk memastikan mesin perahan keadaan baik. Ia sama macam kereta la kan. Perlu maintaince gitu.

5) Sekiranya mesin perahan anda adalah built in battery, sila keluarkan lithium battery tersebut dan simpan dalam keadaan berasingan serta berbalut. Dikhawatirkan bocor dan merosakkan body pump. sekiranya tidak tahu untuk membukanya, boleh bertanya ke servis center mesin perahan masing-masing kerana bukan semua mesin perahan yg boleh mengeluarkan batery tersebut.

6) Simpan semua dalam keadaan terpisah. Tanggalkan valve, membrane, diagphragm, pumphead dan lain lain. Keadaan ini lebih selamat. Dikhawatirkan berkulat sekiranya tersimpan dalam keadaan bercantum seperti rajah di bawah.

Jaga mesin perahan dengan baik akan dapat mengelakkan pembaziran.

Semoga bermanfaat!

Comments

Popular posts from this blog

Tips Memujuk Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse) untuk Menerima Payudara Kembali

Dalam post " Bayi Keliru Puting dan Tidak Mahu Menyusu Badan - Kenapa? ",  saya telah kongsikan tentang sebab-sebab yang mungkin boleh menjadi punca kepada bayi keliru puting. Sekarang saya akan kongsikan tips untuk memujuk bayi agar menerima payudara kembali.

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.

Saluran susu tersumbat (blocked duct) - apa itu? bagaimana nak atasinya?

Blocked duct/ clogged duct / milk plugged ini adalah sekatan aliran susu pada satu atau beberapa saluran susu ke puting susu ibu. Kenapa boleh jadi sekatan ini? Antara sebab terjadinya blocked duct adalah: 1. Ukuran coli kurang tepat. 2. Trauma atau tertekan ketika tidur 3. Anak terpukul payudara  4. Dan lain-lain Selalunya ibu akan merasakan sakit pada satu-satu bahagian payudara sahaja. Payudara lembut tapi ada rasa sakit pada satu bahagian di payudara. Kadang-kadang kulitnya berumah menjadi kemerahan .Itu blocked duct bukan bengkak susu! Selain dari ibu, petugas kesihatan juga perlu tahu berbezaan kedua-dua kondisi ini.  Kalau bengkak susu, atasi dengan ajar cara mengeluarkan susu tersebut. Ibu berpisah dengan bayi? Ajar cara mengeluarkan susu. Bukan menggantikan susu ibu dengan susu yang lain.  Sekiranya ada sekatan pada saluran susu ibu, bantu ibu untuk hilangkan atau kurangkan sekatan tersebut.