Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Apa Yang Saya Perlu Pantang Makan Semasa Saya Sedang Menyusu?

" Saya ni jenis badan berangin, macam mana tak nak bagi bayi kembung ?" Ini antara soalan kesukaan ibu-ibu yang bertanya kepada saya. Pernah satu hari saya dpt DM di Facebook; " Dr, saya nak berhenti menyusu sebab saya ni jenis badan berangan..nanti anak saya kembung..saya baru beranak 3 hari lepas ." Kita kerap dengar banyak pantang larang makanan untuk ibu yang menyusu. Betul tak?

Jenis-jenis Posisi Semasa Penyusuan Susu Ibu

Berikut adalah penerangan ringkas tentang posisi penyusuan termasuk kesesuaian situasi penggunaannya. Ini adalah posisi penyusuan yg umum. Namun anak diatas 6 bulan yang sudah aktif akan gemar menyusu mengikut posisi-posisi freestyle atau gaya bebas. Seperti yang ibu-ibu tengok, posisi-posisi yang mana yang sesuai untuk ibu aplikasikan masa menyusu.

Kandungan Susu Ibu - Magisnya Titisan Emas Itu!

Bagi saya penyusuan susu ibu ni mudah sangat. Tak perlu risau kandungan air cukup atau tidak, lemak cukup atau tidak. Semua lengkap, insya Allah. Di saat musim panas.. foremilk lebih banyak... semasa berada di negara sejuk.. hindmilk pula yang lebih tinggi. Tak perlu risau anak sembelit. Masyalahhh.. mudah kan? Tugas kita hanya menyusu di sebelah payudara sehingga bayi kenyang.. tak perlu ubah-ubah pun.

Bayi keliru puting dan tidak mahu menyusu badan - kenapa?

"KENAPA BAYI TIDAK MAHU MENYUSU DI PAYUDARA NI?" Kenapa? "Saya dah cuba nak menyusu di payudara, doktor. Tapi bila dekatkan je dia mengamuk dan melentik-lentik badannya, bagai dibuat orang. Kadang kala menangis sampai tak ada suara..." Selalunya saya akan bertanya, " Masa awalnya-awal puan menyusu macam mana, anak tak tolak ke?" Antara jawapan yang selalu saya terima: "Saya baru bawa balik bayi ni, Dr. Sebab anak ada kuning jadi admit di hospital untuk phototherapy jadi dia minum susu perahan saya menggunakan botol, ni baru saya nak bagi ke payudara saya." "Oh saya perah dan bagi susu ibu ikut botol, Dr. Mula-mula hari pertama kedua ketiga semua okay, jadi saya nak mengurut sebab bidan datang, nanti kacau la saya nak mengurut. Jadi saya bagi botol untuk 7 hari. Saya mengurut pagi petang."

12 Tips Atasi Masalah Susu yang Sedang Merundum!

Masalah susu yang merundum memang yang paling digusari ramai ibu yang menyusu kan? Ada pelbagai sebab boleh menyebabkan susu merundum sama ada secara tiba-tiba atau secara beransur. Jom baca tips-tips yang boleh ibu lakukan untuk atasi masalah susu merundum ni. Sekiranya anda adalah ibu yg menyusu secara langsung dengan bayi ataupun direct feeding, ini adalah beberapa langkah yang boleh dilakukan.