Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Cara mengatasi masalah 'milk blister' atau 'blocked nipple'

Milk blister/ bleb / nipple blister, block nipple pore atau sumbatan pada "mata susu" adalah antara nama yang kerap terjadi dikalangan ibu menyusu. Ia sebenarnya terjadi akibat dari sedikit dari kulit disekitar puting menutupi "mata susu" tersebut. Ibu kerap mengeluh kesakitan yang amat sangat ketika menyusu. Kesakitan itu lebih tertumpu kepada sumbatan tersebut bukan perlekapan bayi. Sekiranya ibu membuat " breast compression ", dapat di lihat bahawa milk blister ini akan menonjol besar kearah depan akibat dari tekanan yang dihasilkan untuk susu ibu keluar dari "mata susu" tersebut. Akibat dari "mata susu" yang terhalang tersebut membuatkan ibu berasa sakit ketika penyusuan. Milk blister ini berlaku untuk masa yang lama atau sembuh sendiri apabila kulit yang menutupi "mata susu" tersebut pecah dan menggelupas sendiri. Hmmm but that is not the usual case. Kan? Oh ia berbeza dengan nipple blister yang diakibatkan oleh salah ...

Cara mengatasi masalah bengkak susu atau breast engorgement

Breast engorgement atau breast fullness bukan block duct. Namun breast engorgement  atau bengkak susu yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan kejadian block duct . Akibat dari salah faham kedua situasi ini, cara penangannya pun sedikit berbeza. Maka sangat penting untuk ibu tahu, keadaan yang mana yang ibu sedang lalui. Bengkak susu = breast engorgement . Sumbatan pada saluran susu = block duct/ clogged duct / milk plug . Pada awal-awal kelahiran tiga hari pertama, susu yang dihasilkan adalah kolustrum. Ia bersifat likat dan kuantitinya belum banyak. Setelah 3 ke 4 hari ke atas, susu berubah menjadi susu transisi. Ia lebih cair berbanding kolustrum, dan mulai lebih banyak. Pada ketika ini ibu mulai rasa payudaranya lebih berat, penuh dan semakin tegang. Ia bukan sahaja dari susu yang dikatakan "kick in" itu, tetapi juga akibat dari peningkatan aliran darah dan cecair limfa. Pada fasa ini ibu mulai ada rasa ingin mengepam kerana sensasi penuh itu, namun hasil per...

Kepentingan "rooming in" bersama bayi di hospital selepas melahirkan

Istilah ini mula digunakan di hospital-hospital swasta khasnya kebelakangan ini di mana ibu boleh meminta utk rooming-in atau bersama dengan bayi sepenuh masa dan bayi tidak ditempatkan di nursery . Sekiranya kita melahirkan di hospital rakan bayi, selalunya bayi memang akan berada bersama dgn ibu. Bayi yang tidak menghadapi masalah kesihatan tidak perlu dimasukkan ke wad khas bayi selepas kelahiran. Jadi ibu boleh la bersama dengan bayi sesegera mungkin untuk menyusu mereka on demand...best kan...9 bulan menanti utk berkenalan ini la masanya...nak ulik telinga..nak sentuh hidung.. nikmat sgt!