Pernah dengar tak mogok menyusu atau nursing strike ? Apa itu? Ibu perasan tak bila sampai usia mcm 3 atau 4 bulan, ada satu fasa anak tidak mahu menyusu bila kita letakkan di payudara walaupun nampak macam anak dah bagi feeding cue? Bila di dekatkan dengan payudara, dia akan menoleh-noleh ke kiri dan ke kanan. Takkan anak kita nak wean off dah kot? Baru 4 bulan kan? Ibu jangan panik dulu ya. Mungkin saja yang terjadi adalah NURSING STRIKE atau MOGOK MENYUSU.