Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

Posisi Penyusuan untuk Dapatkan Lekapan Bayi yang Baik

"PUTING SAYA PENDEK, ANAK TAK SAMPAI NAK MENYUSU." Ibu  menyusu pernah rasa macam ni tak atau mungkin pernah alami sendiri? Serius kerap sangat saya jumpa kes begini sehingga ibu yang awalnya beriya ingin menyusu, tumpas dengan idea puting pendeknya itu menjadi punca kegagalan bayinya tak boleh menyusu. Selalunya kalau kes begini bertandang di ruang konsultasi, saya akan minta ibu tunjukkan terlebih dahulu bagaimana ibu menyusu bayinya sehingga merasakan putingnya pendek. Ia berpunca dari 3 point yang ibu lihat di rajah di bawah.

Epstein Pearl dalam Mulut Bayi - Apa itu?

"Dr, saya rasa anak saya ada jangkitan kulat pada mulut dia. Saya dah cuba lap, mula-mula ingat susu, tapi tak hilang " kata Puan MA. Menyusu semakin ok, beberapa jam selepas lahir sampai hari pertama tu puting sakit juga, tapi tak luka. Bila betulkan sana sini, ok dah. "Saya pilih football hold, macam Dr suggest, mudah baby nak buka mulut besar." Sambung Puan MA lagi. Beliau kelihatan bersungguh ingin menyusui bayinya secara exclusive. Namun melihat keadaan gusi bayinya beliau kelihatan sedikit kecewa dan resah. Bayi berusia 2 hari ini baru sahaja pulang dari hospital. Terus ke bertemu saya di center kerana isu ini. Ada tak ibu yang alami perkara yang sama seperti apa yang terlihat dalam gambar di bawah?