Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2022

Tips Dapatkan Bukaan Mulut Bayi yang Luas untuk Lekapan yang Baik

Siapa pernah hadapi masalah ini khususnya bayi yang baru lahir? Sehingga ia menjadi punca kepada puting merekah dan luka. Semua ini boleh dielakkan dengan memposisikan diri ibu dan bayi dengan baik.  Namun hari ini khususnya saya ingin fokus kepada bagaimana pegangan bayi dapat memberi impak kepada bukaan mulut bayi.

Tips Bercerai Susu (Wean Off) Tanpa Mengganggu Perasaan Si Kecil

Ada sesetengan ibu yang memulakan penyusuan bersama kami sudah ada yang mula nak bercerai susu (wean off) dengan anak. Ibu-ibu kena faham tentang satu perkara. Penyusuan susu ibu, berjaya dalam penyusuan penuh atau bercerai susu - semua ini adalah satu proses yang panjang. Bukan perkara yang boleh terus jadi atau berjaya dalam sehari dua sahaja. Maka,  saya agak kurang bersetuju dengan sesetengah tips dan pilihan untuk meletakkan bahan-bahan di puting atau payudara dengan niat agar anak menolak untuk menyusu. Penyusuan susu ibu adalah satu perjalanan yang sangat indah antara ibu dan anak. Sayang sekali sekiranya ia diakhiri dengan cara yg traumatis begitu bagi anak kecil.