Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2021

Kebaikan Sentuhan Kulit ke Kulit Kepada bayi

Skin-to-skin contact (SSC) atau sentuhan kulit ke kulit merujuk kepada tindakan meletakkan bayi yang hanya mengenakan lampin ke atas dada yang tidak berpakaian (diutamakan kepada ibu bayi sekiranya ada dan mampu). Tubuh badan bayi ditutup dengan kain untuk tujuan memanaskan. SSC ini diperkenalkan kepada bayi pramatang di Colombia pada awal tahun 1980's dengan menunjukan hasil yang sangat baik untuk bayi-bayi pramatang ini. Sejak itu, SSC kerap di lakukan atau di tekankan kepada bayi pramatang. Tapi kan sebenarnya, SSC sesuai dan sangat baik di lakukan kepada semua bayi yang baru lahir. Baik pramatang mahupun kelahiran matang.

Resipi Ibu Menyusu | Cranberry Peanut Granola

Mak menyusu selalunya cepat lapar. Ada yang kata "you ni makan macam bela saka". Hahaha. Mak-mak menyusu je yang faham tahap kehausan dan kelaparan masa menyusu ni.  Setuju tak? So hari ni saya nak kongsikan Cranberry Peanut Granola. Boleh di jadikan kudapan, makan pagi dan on the go  Sebenarnya kandungan granola ni boleh disesuaikan mengikut apa yang ada di rumah. Kunci utama dalam pembuatan granola ni adalah bahan yang "mengikat" antara satu sama lain dan mengekalkan bentuk granola tersebut.